BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $

Hak-hak Sebagai Seorang Pengguna







                                           


                                       HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA
Terdapat lapan hak asasi pengguna yang telah diterima secara global dan diambil kira ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau dikaji semula. Lapan hak pengguna tersebut ialah:





1.Hak untuk mendapatkan keselamatan
Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.
2.Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.
3.Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.
4.Hak untuk bersuara
Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
5.Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.
6.Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
7.Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan
Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.
8.Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.