Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian". Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan.
Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan.
Kebebasan bersuara atau menyatakan pendapat diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia dunia dan perantauan. Hak ini digariskan dalam Perkara 19 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politikal, Perkara 10 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, Perkara 13 Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia dan Perkara 9 Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat. Kebebasan bersuara boleh dijumpai dalam dokumen-dokumen hak asasi manusia awal, seperti Magna Carta British (1215) dan Peristiharan Hak-hak Manusia (1789), dokumen penting Revolusi Perancis.[4] Berdasarkan hujah John Stuart Mill, hak kebebasan bersuara kini difahami sebagai hak yang beraneka muka yang termasuk tidak hanya hak untuk menyata, atau menyebar, maklumat dan idea tetapi tiga aspek lainnya juga:
- Hak mencari maklumat dan idea;
- Hak mendapatkan maklumat dan idea;
- Hak menyebarkan maklumat dan idea.
Piawaian antarabangsa, perantauan dan negara juga mengiktiraf bahawa kebebasan bersuara termasuk sebarang medium, termasuk pertuturan, penulisan, pencetakan, atau melalui Internet dan bentuk kesenian. Ini permaksud perlindungan kebebasan bersuara sebagai hak tidak termasuk hanya kandungan, tetapi jenis medium penyataan.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, nilai kebebasan bersuara di kalangan rakyat (pengguna) amatlah sinonim dengan pemerintahan yang ada. Dalam konsep kepenggunaan pula, hak menyuarakan pendapat bermaksud hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan hak tersebut pengguna dapat menyalurkan idea, komen atau menentukan dasar-dasar kerajaan dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan barang dan perkhidmatan kepada pengguna.
Dalam situasi yang lebih global, hak menyuarakan pendapat adalah lebih berkesan jika disalurkan melalui persatuan atau secara kolektif. Dibawah label mana-mana persatuan yang diiktiraf pengguna boleh melantik perwakilan di kalangan mereka untuk menyuarakan sesuatu berkaitan dengan kepentingan kepenggunaan. Perwakilan yang dipertanggungnjawabkan untuk menyuarakan hak pengguna secara kolektif tadi dianjurkan mempunyai ciri – ciri yang boleh memberi keberkesanan penyampaian kepada pihak-pihak yang berwajib seperti:
kekuatan perwakilan yang mempunyai ahli yang ramai-kerana ia lebih berpengaruh untuk didengari.
Mempunyai kepakaran dalam pelbagai isu kepenggunaan.
Wakil pengguna mestilah mudah mendapat liputan media
Komunikasi terbuka dan berterusan perlu wujud antara pengguna, masyarakat, agensi, industri dan pihak kerajaan.
Terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa pengguna boleh turut serta di dalam pembentukan dasar yang melibatkan mereka sebagai mana yang dinyatakan dalam garis panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Mempunyai salinan undang-undang serta dasar yang ada kaitan dengan isu yang dikemukakan.
Sebarang pendapat ,pandangan dan komen boleh diajukan kepada Diajukan kepada pelbagai agensi pengguna samada agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan atau Non Government Organisations(NGO’s) Di Malaysia terdapat persatuan pengguna di kebanyakan negeri seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Persatuan Pengguna Pahang dan sebagainya.
Terdapat juga jabatan jabatan tertentu yang telah ditubuhkan yang berperanan membangunkan, melaksanakan dan mengesani dasar-dasar perlindungan pengguna seperti: Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK),
Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan
Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) .
Di peringkat sekolah pula terdapat Kelab Pengguna, yang boleh dijadikan permulaan pelajar menyalurkan pendapat dan hak bersuara mereka. Seterusnya boleh melatih mereka bergiat aktif memperjuangkan isu-isu kepenggunaan apabila berada dalam masyarakat kelak. Selagi ada pengguna selagi itu ada isu yang akan timbul isu yang akan lahir dari pengguna sendiri samada komen, pujian, galakan, bantahan dan sebagai terhadap pihak lain yang berkaitan. Oleh itu amat wajar dan bertuah bagi pengguna pengiktirafan terhadap hak bersuara.

ISU 1
ANTARA KESEDARAN DAN KESANGGUPAN BERSUARA
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pergerakan kepenggunaan, pada satu ketika dahulu berkisar pada ikan busuk atau tin makanan kemik, tetapi hari ini aduan bertumpu pada kos hidup yang tinggi. Secara ringkas, isu-isu membabitkan pengguna semakin rumit apa lagi dengan gelombang globalisasi, dan sudah pasti kebimbangan membabitkan isu-isu pengguna pasti berubah. Pengguna abad ke 21 lebih menumpukan pada kualiti kehidupan mereka. "Cabaran terbesar dalam meningkatkan kesedaran kepenggunaan ialah menjana kesedaran. Rakyat Malaysia tidak begitu berminat dengan isu-isu berkaitan kepenggunaan. Mereka tidak kisah sangat dengannya. Apabila kami menganjurkan ceramah umum, adalah sukar untuk menarik mereka datang. Jikapun ramai yang datang, 98 peratus adalah warga emas," keluh Darshan Singh, pengarah Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC). NCCC, yang merupakan sebuah sayap Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, ditubuhkan oleh Era Consumer pada 2004.
GOLONGAN MUDA PERLU TUNJUK MINAT
Darshan memberitahu Bernama pembabitan golongan muda adalah sangat penting dan selagi ia tidak berlaku pergerakan pengguna tidak akan ke mana-mana. "Satu lagi sebab ialah masalah pembiayaan. Banyak yang kami mahu lakukan untuk meningkatkan perlindungan pengguna di negara ini tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana masalah kewangan. "Kami tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan. Perlindungan pengguna merupakan salah satu daripada aspek paling penting masyarakat madani dan kerajaan telah terlepas pandang hal ini. Jadi kami terpaksa menggunakan apa sahaja sumber yang terdapat pada kami," katanya.
ADUAN TIDAK KE MANA-MANA
Darshan berkata `mengadu' bukan dalam cara hidup rakyat Malaysia dan salah satu daripada alasan bagi perkara ini ialah ketidakberkesanan cara aduan ditangani oleh agensi-agensi kerajaan. "Tiada maklumat lengkap mengenai bagaimana untuk mengutarakan keluhan berhubung sesuatu barang yang dibeli atau khidmat yang diterima. Majoriti pengguna melupakan hasrat untuk mengadu kerana mereka berpendapat aduan mereka tidak akan ke mana-mana dan ia hanya mensia-siakan masa. "Sebilangan lagi pengguna mengharapkan pihak lain untuk memperjuangkan hak mereka dan tidak mahu berusaha sendiri. Sebab itulah NCCC ditubuhkan. Kami mahu menyediakan saluran-saluran bebas bagi pengguna mengadu. Kami juga cuba mengajar pengguna bagaimana untuk menuntut hak mereka dan memperjuangkan hak mereka apabila mereka gagal menemui jalan penyelesaian." Beliau menjelaskan sekarang ini jika pihak-pihak yang memperjuangkan hal-hal kepenggunaan seperti NCCC tidak campur tangan, besar kemungkinan si pengadu akan menggugurkan kesnya. Darshan menunjukkan yang NCCC menerima purata 90 panggilan telefon setiap hari. Bagaimanapun bukan kesemuanya untuk mengadu. Ada untuk menyampai atau mendapatkan maklumat. "Kami juga telah mewujudkan satu borang aduan online di www.nccc.org.my dan menggalakkan orang ramai menggunakannya untuk membuat aduan. Dalam tempoh sebulan, kami menerima 1,000 aduan. Kami mahu melihat lebih ramai pengguna seperti ini yang sanggup mengambil tindakan untuk mempertahankan hak kepenggunaan mereka."
PERANAN SISTEM PENDIDIKAN PENTING
Darshan yang mengeluh bahawa sistem pendidikan gagal dalam menjana pengguna berhemat dan arif, berkata dasar-dasar kerajaan pro-industri tidak mengambil kira perlindungan bagi pengguna. "Kita tidak mempunyai apa-apa matapelajaran dalam sekolah berkenaan kepenggunaan. Usaha tertumpu pada mewujudkan kelab-kelab pengguna di sekolah-sekolah menengah. Kami percaya pendidikan kepenggunaan harus bermula di sekolah-sekolah rendah dan kerajaan harus membabitkan badan-badan kepenggunaan dalam usaha itu. Satu kurikulum pengguna yang menyeluruh perlu dibangunkan. Ini pastinya akan meningkatkan pengetahuan kepenggunaan dari usia muda lagi.
3 "E"
Darshan berkata NCCC selama ini telah memperjuangkan 3 "E" iaitu pendidikan, etika dan penguatkuasaan dalam usahanya untuk memperkukuh perlindungan pengguna di negara ini. "Jika pengguna mempunyai pengetahuan, mereka akan dapat menuntut dengan berkesan hak mereka dan ini akan memaksa para peniaga lebih beretika dalam menjalankan perniagaan atas kesedaran mereka tidak boleh memperdayakan pengguna. "Dan akhir sekali penguatkuasaan perlu dipertingkat untuk membanteras golongan peniaga ingkar yang dengan sengaja mengetepikan kepentingan pengguna. Apabila ketiga-tiga ini sudah ada, saya percaya baru kita boleh mencapai keputusan positif dalam melindungi pengguna," katanya. Mengenai aduan, Darshan berkata tiada aduan yang dianggap remeh. Aduan tetap aduan. "Kami mahu menggalakkan warga Malaysia membuat aduan. Setiap aduan yang dibuat bersama NCCC akan disiasat, isu-isu yang dikenalpasti akan ditangani. Jika kami dapati tiada kes bagi aduan itu, si pengadu akan dimaklumkan mengenainya. Tetapi pengalaman saya selama tiga tahun bersama NCCC terdapat satu isu bagi setiap aduan. Bagi setiap aduan yang diterima kami menstruktur pendidikan pengguna dan kerja-kerja memperjuangkan hak pengguna."
BADAN PENGGUNA BUKAN MUSUH
Secara tradisi pendidikan pengguna atau program-program pengguna dan menangani aduan adalah tanggungjawab pertubuhan-pertubuhan penggguna tetapi ini bukan kesnya di Malaysia. "Di sini pertubuhan-pertubuhan pengguna dilihat sebagai musuh. Mereka dikecam bagaikan parti pembangkang sedangkan persatuan-persatuan pengguna bukan entiti agama, kaum atau politik. "Kami mahu berusaha bersama-sama dengan kerajaan, bukan untuk kerajaan. Sentimen yang sama bagi pengiat industri. Kami tidak harus dilihat sebagai musuh. Adalah amat menggembirakan kerana pihak industri semakin menerima kami dan melihat kami sebagai satu laluan untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengguna," tambah beliau. Darshan juga mencadangkan supaya peranan Hal Ehwal Pengguna di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dipindahkan kepada Jabatan Perdana Menteri. "Ini perlu dilakukan kerana buat masa ini terdapat konflik kepentingan di sini. Bagaimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan melindungi pengguna sedangkan ia juga mewakili pihak industri?"
-- BERNAMA
Isu 2:
ADAKAH KERAJAAN SERIUS TERHADAP KEPERLUAN OKU?TUESDAY, 20 APRIL 2010 10:25Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini seolah-olah tidak dihormati oleh orang ramai. Begitu juga keperluan OKU sering tidak menjadi keutamaan dalam dasar kerajaan. Ini menyebabkan kehidupan OKU semakin sengsara akibat reka bentuk bangunan yang tidak mesra OKU. Dalam Persidangan Rekabentuk dan Kemudahcapaian Sejagat yang diadakan pada awal bulan Mac tahun ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah berjanji bahawa apabila Malaysia meratifikasikan Konvensyen untuk Hak Orang Kurang Upaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maka kemudahan awam di Malaysia akan lebih akses kepada OKU. Namun begitu, bagi golongan OKU kerajaan tidak begitu minat ke arah perubahan tersebut.Bangunan kerajaan yang sepatutnya menyediakan ruang yang cukup untuk pergerakan OKU, tetapi ia tidak dilaksanakan. Semua bangunan dan premis kerajaan tidak dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU. Sebagai contoh, bangunan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, terdapat lerengan berdekatan dengan pintu masuk, tetapi disediakan tempat letak kereta OKU. Selain itu, motosikal dan kereta diparkir merata-rata tempat sehingga menghalang laluan ke lerengan tersebut. Keadaan ini sudah pasti akan menghalang OKU yang berkerusi roda atau bertongkat, menggunakan lerengan tersebut. Selain itu, lerengan yang disediakan itu tidak mencapai tujuan asalnya. Dalam pada itu, kemudahan-kemudahan yang dilabelkan untuk kegunaan OKU sememangnya tidak dapat menampung keperluan OKU. Sebarang reka bentuk untuk kegunaan OKU sepatutnya selaras dengan keperluan mereka. Namun, di Malaysia, sebarang reka bentuk adalah untuk kegunaan pihak pemilik bangunan sahaja.Ketidakcapaian kepada persekitaran yang mesra OKU ini menunjukkan ketidakupayaan pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan OKU. Walaupun kerajaan telah meratifikasikan Konvensyen untuk Hak Orang Kurang Upaya, tetapi sehingga kini keperluan untuk OKU masih belum dipenuhi. Oleh itu, kerajaan perlu memandangkan serius terhadap keperluan OKU selaras dengan Konvensyen untuk Hak Orang Kurang Upaya agar golongan ini dapat diterima dalam masyarakat dan kualiti hidup mereka dapat dipertingkatkan.Sam WongPersatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia20 April 2010