Pengguna mempunyai hak mendapatakan maklumat. Hak mendapat maklumat bererti hak untuk diberitahu fakta-fakta yang perlu bagi memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat. Pihak pengeluar atau peniaga perlu memberi maklumat yang mencukupi kepada pengguna agar pengguna boleh menilai sendiri dan dapat membuat keputusan yang lebih tepat terhadap barangan.
Hak untuk diberitahu bagi memastikan pengguna tidak ditipu dan mengelak sebarang penyelewangan. Maklumat adalah satu perkara yang penting kepada pengguna untuk tujuan pemilihan barangan dan penting untuk menyelesaikan sebarang pertikaian sekiranya berlaku masalah di kemudian hari berkaitan barangan yang dibeli atau digunakan.
Pihak pengeluar perlu menepati ciri-ciri maklumat yang hendak diberi kepada pengguna seperti di bawah:
-
Benar dan tepat.
-
Boleh diterima
-
Boleh difahami
-
Nyata
Hak untuk diberitahu bagi memastikan pengguna tidak ditipu dan mengelak sebarang penyelewangan. Maklumat adalah satu perkara yang penting kepada pengguna untuk tujuan pemilihan barangan dan penting untuk menyelesaikan sebarang pertikaian sekiranya berlaku masalah di kemudian hari berkaitan barangan yang dibeli atau digunakan.
Biasanya maklumat yang hamper secara langsung kepada pengguna adalah medium pengiklanan. Pengiklanan boleh dikatakan satu langkah wajib dalam setiap produk syarikat atau peniaga. Tnap pengiklanan misi niaga mereka tidak tercapai. Pada amnya terdapat tiga jenis pengiklanan:
-
memberi maklumat- iklan yang memberi maklumat yang tepat, benar dan adil.
-
“piffing”-ikalan secara tidak langsung terhadap barangan yang dijual tetapi ia mempopularkan nama nama syarikat atau pertubuhan.
-
Palsu atau mengelirukan.-iklan yang menipu pengguna samada secara langsung atau tidak.
Apakah sumber-sumber maklumat pengguna?
Sumber maklumat pengguna adalah pelbagai, tambahan zaman sekrang yang mempunyai pelbagai kemuhan elektronik. Antaranya ialah:
-
Label barangan itu sendiri
-
Organisasi-organisasi yang berkaitan seperti persatuan-persatuan pengguna, syarikat yang membuat ujian ke atas barangan.
-
Kerajaan
-
Media Massa
-
Perpustakaan
-
Pengikalanan
-
Sumber orang-Sumber daripada pengguna lain yang telah menggunakan barangan tersebut.
Setelah kita sebagai pengguna mempunyai maklumat, maka tidak semudahnya untuk diperdapakan dengan iklan-iklan yang menarik dan canggih terhadap sesuatu barangan.
Isu 1:
Pulau Pinang Perkenal Sistem eFAS
January 09, 2008 17:10 PM
PULAU PINANG, 9 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang mengambil langkah progresif dalam pengurusan kewangan dan pembayaran bil dengan memperkenalkan sistem eFAS iaitu sistem elektronik yang menggunakan e-mel, faksimili dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi membantu operasi harian jabatan-jabatan kerajaan negeri. Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pengenalan eFAS merupakan lanjutan daripada penggunaan keadah pemindahan wang secara elektronik (EFT) yang digunakan sebelum ini. Katanya menerusi penggabungan antara eFAS dan EFT dalam pengurusan kewangan, pelanggan akan memperolehi maklumat dengan lebih pantas, dan segala urusan akan menjadi lebih efisien. "Menerusi sistem itu, kos operasi dapat dikurangkan dan ia juga membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan anggota perkhidmatan awam negeri di sini, Rabu. Beliau berkata sistem eFAS dibangunkan oleh Jabatan Kewangan Negeri dan sebuah syarikat tempatan dengan kos RM85,000, dan beliau berharap sistem itu akan mendapat sokongan dan digunakan secara menyeluruh.
Sementara itu, Koh berkata kerajaan negeri melantik 30 pengawai di bawah penyeliaan Pejabat Kewangan Negeri bagi memastikan sumber kewangan digunakan secara strategik. "Mereka bertanggungjawab mengemukakan laporan berkala berkaitan pengurusan kewangan, melaporkan prestasi kewangan jabatan-jabatan setiap tahun dan menggunakan sepenuhnya sistem elektronik pengurusan kewangan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Isu 2:
Sistem Pengedaran Dan Penyampaian Makanan Diteliti
April 24, 2008 23:35 PM
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengenalpasti mekanisme sistem pengedaran bahan makanan yang sesuai melalui Dasar Jaminan Makanan agar ia dapat disampaikan kepada pengguna supaya kenaikan harga barangan dapat dikawal. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata perkara itu masih lagi pada peringkat perbincangan dengan beliau akan merangkanya sehingga ke peringkat akhir sebelum diputuskan. "Buat masa sekarang bahagian pengeluaran makanan sudah dikenalpasti oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang belum diputuskan adalah soal penyampaian bahan makanan kepada pengguna iaitu dari segi pengedaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Harta Intelek Negara 2008 di sini Khamis. Sambutan bertemakan "Harta Intelek-Memacu Daya Saing Negara" itu bermula hari Khamis sehingga Ahad, dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Beliau berkata beberapa perkara perlu diambil kira untuk sistem itu seperti keseragaman harga barangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, jenis atau gred produk yang boleh dijadikan produk asas.
"Umpamanya kita tak bercadang untuk mengawal harga beras import tetapi akan kawal harga dan kalau perlu beri subsidi kepada beras tempatan, tepung juga kita sudah beri subsidi kepada tepung gandum untuk kegunaan umum tetapi tak beri subsidi kepada tepung yang diperkaya," katanya.
Beliau berkata pengedaran bekalan makanan itu perlu sampai tidak hanya kepada penduduk di bandar tetapi juga di luar bandar dan bekalan serta harganya terkawal. Awal bulan ini kabinet telah memutuskan untuk menggubal Dasar Jaminan Makanan bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Mengulas mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) yang hanya meningkat sebanyak 2.6 peratus sehingga Mac ini, Shahrir berkata indeks itu tidak menggambarkan masalah kenaikan harga barang makanan baru-baru ini. "Ia tidak menunjukkan kesan kenaikan harga barangan makanan kerana indeks itu termasuk komponen lain perbelanjaan dalam kumpulan barangan dan perkhidmatan," katanya. Beliau berkata indeks itu turut mengambil kira kumpulan lain selain makanan seperti pengangkutan, kesihatan, komunikasi dan elektrik.
-- BERNAMA
Isu 3:
Hantar SMS Untuk Dapatkan Pengesahan Restoran Halal/Muslim
April 22, 2008 19:03 PM
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Mulai bulan depan orang ramai boleh mendapat pengesahan sama ada pemilik restoran "ala mamak" yang mereka ingin menjamu selera benar-benar beragama Islam dan menghidangkan makanan halal, hanya dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). SMS itu yang disediakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mungkin dianggap satu usaha kecil namun sebenarnyaSetiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan hari ini berkata untuk mendapatkan maklumat itu, pengguna hanya perlu menghantar nombor siri Sijil Pengiktirafan yang dikeluarkan PPIM kepada restoran berkenaan melalui SMS ke nombor 33886. "Mereka akan menerima maklum balas daripada kita sama ada pengusaha berkenaan benar-benar anggota Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang berdaftar," katanya pada sidang akhbar di Wisma PRESMA, di sini. Kemudahan SMS itu dijangka dilancarkan pertengahan bulan depan dan bagi setiap SMS yang dibalas, pengguna dicaj 50 sen. "Kita juga akan pantau di mana berlakunya pertukaran milik daripada pengusaha restoran itu kepada orang bukan Islam dan satu pasukan akan ditubuhkan khusus untuk memantau keadaan seperti ini," katanya. Berhubung usaha PPIM mengeluarkan Sijil Pengiktirafan Restoran Islam yang baru diperkenalkan, beliau berkata sijil berkenaan boleh ditarik balik sekiranya anggota didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan atau restoran berpindah milik. "Kita bukan hendak menyaingi sijil halal yang dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) tetapi hanya memberikan kesedaran kepada pengguna Islam khususnya mengenai kepentingan mencari keberkatan dalam hidup yang bukan sahaja melalui ibadah tetapi juga pemakanan," katanya. Berhubung semakin banyak restoran bukan Islam yang menggantung ayat-ayat suci Al-Quran bertujuan mengelirukan orang ramai, Nadzim berkata ia berlaku kerana ketiadaan akta untuk menghalang penyalahgunaannya.
-- BERNAMA
Isu 4:
Standard Halal Malaysia Diiktiraf Di Peringkat Dunia
May 12, 2008 16:24 PM
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Standard halal Malaysia, yang diiktiraf di peringkat dunia, malah di negara-negara bukan Islam, boleh digunakan sebagai penanda aras global dan dengan itu dapat membantu mewujudkan pempiawaian dalam persijilan halal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin. "MNC (syarikat-syarikat multinasional) menerima sijil kami. Ini bukan suatu yang baru. Ia bukan sesuatu yang kami baru mulakan semalam atau dua tahun lepas. Apa yang kami lakukan hari ini ialah untuk memenuhi keperluan integriti standard dunia. Ia boleh digunakan oleh banyak negara sekarang yang mengeluarkan sijil halal berasingan," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Halal Sedunia 2008 di sini. pa yang lebih diperlukan sekarang ini ialah "suatu pempiawaian," katanya. Pakatan Integriti Halal Antarabangsa (IHI Alliance) tentunya akan menjadi badan yang mentadbir memandangkan ia mempunyai kuasa untuk meluluskan kesahan dan integriti persijilan halal Malaysia, kata Abdullah. IHI Alliance, badan bukan mencari untung, telah dibentuk melalui resolusi yang diterima pada Forum Halal Sedunia pada 2006 dan 2007 bagi memastikan wujudnya integriti dalam keseluruhan rangkaian bekalan halal dengan meningkatkan dan menyelaras standard dan perakuan halal di peringkat dunia. Abdullah berkata persijilan halal Malaysia yang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) merupakan standard tertinggi dan diakui oleh badan antarabangsa seperti Suruhanjaya Alimentarius Kodeks Pertubuhan Bangsa Bersatu. Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan bahawa 40 syarikat sedang menunggu untuk mendapatkan perakuan halal daripada HDC. Colgate Palmolive Thailand merupakan antara penerima pertama persijilan HDC. HDC menyediakan perkhidmatan persijilan tempatan dan global bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), mengunakan logo halal sedia ada Malaysia. Abdullah berkata industri halal kini bernilai kira-kira AS$2.3 trilion, mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. "Ini merupakan industri yang ingin dikembangkan oleh Malaysia, menarik pelabur. Potensinya besar," katanya. Perdana Menteri berkata terdapat kira-kira 1.8 bilion orang Islam di seluruh dunia dengan negara-negara bukan Islam merupakan penggiat utama industri halal. "Mereka (negara bukan Islam) merupakan peserta terbesar. Mereka memulakannya lebih dahulu dari kita. Sudah tentu ia tidak dikenali ketika itu sebagaimana yang kini dikatakan industri halal," katanya. Mengenai perkembangan terkini dalam ekonomi global, Abdullah berkata ia merupakan suatu yang penting bagi negara Islam untuk bersama-sama memajukan industri halal yang berpotensi besar ini. Ini, kata beliau perlu melangkaui produk asas daging untuk turut melibatkan bukan sahaja industri pertanian dan makanan tetapi juga ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan perkhidmatan kewangan Islam.
-- BERNAMA
Isu 5:
Orang Ramai Boleh Dapatkan Maklumat Melalui E-Press
April 02, 2008 14:35 PM
MELAKA, 2 April (Bernama) -- Pengamal media dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai aktiviti dan kenyataan rasmi pemimpin negara, kementerian dan jabatan kerajaan melalui perkhidmatan e-press Jabatan Penerangan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pengguna dan Pengangkutan Melaka, R.Perumal berkata perkhidmatan secara on-line itu boleh dicapai melalui laman web di alamat www.penerangan.gov.my dan klik hiperangkai e-press. "Pengisian data dan maklumat e-press akan dilaksanakan oleh Penyelaras Media Negeri setiap hari secara on-line melalui aplikasi e-press bagi memastikan ianya sentiasa dikemaskini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan negeri Melaka di sini hari Rabu. Perumal berkata pengguna boleh melayari e-press itu secara percuma tanpa perlu mengisi nama pengguna atau kata laluan. Beliau berkata e-press juga memberi peluang kepada agensi kerajaan dan swasta yang ingin membuat liputan akhbar mengenai sesuatu aktiviti yang dianjurkan mereka dengan memberi maklumat tersebut kepada Jabatan Penerangan Melaka.
-- BERNAMA
Isu 6
Iklan yang tidak tepat telah memasuki sektor tenaga dan air
FRIDAY, 01 JANUARY 2010 13:00
Iklan yang tidak tepat (misleading) akan menyebabkan pengguna yang keliru menyelesaikan satu masalah dan tersangkut dengan masalah baru. WECAM telah mengenalpasti dua iklan yang telah pun dilaporkan kepada Bahagian Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Ilan pertama merupakan sebuah bank yang mempromosikan penggunaan kad kredit mereka untuk tujuan mengisi petrol daripada sebuah syarikat petrol. Melalui tindakan ini, pengguna dapat memperoleh mata ganjaran yang boleh digunakan pada masa depan. Apabila kedua-dua syarikat ini menikmati aliran tunai, iklan ini mempromosikan penggunaan lebih banyak petrol untuk lebih mata ganjaran di mana pengguna digalakkan membazir. Baru-baru ini Malaysia telah menggariskan Dasar Teknologi Hijau dan tambahan pula, Dasar Pengguna Kebangsaan juga menggariskan penggunaan lestari sebagai isu utama. Bagaimana pula iklan yang bertentangan dengan dasar kerajaan dibenarkan?
Iklan kedua pula berkaitan tekanan bekalan air oleh syarikat pengeluar pam. Iklan ini menunjukkan perhubungan yang tidak erat antara jiran. Seorang yang mengalami tekanan air yang rendah dan kelihatan seperti kurang sihat. Seorang lagi jiran yang menggunakan pam ini kelihatan sihat mempunyai keluarga yang bahagia. Pada akhir iklan, pengguna digalakkan menggunakan pam ini untuk sentiasa bahagia. Mengikut undang-undang Malaysia, tiada sesiapapun dibenarkan untuk memasang sistem pam kepada paip utama (service main). Sistem pam hanya boleh dipasang selepas tangki simpanan air untuk bekalan paip dalaman sahaja. Isu tekan air yang rendah mesti ditangani oleh operator air dan bukannya syarikat pengeluar pam. Di bawah peraturan air baru, ia telah ditegaskan semula bahawa tiada sistem pam boleh dipasang ke sistem paip awam kecuali dengan kelulusan daripada pihak berkuasa. Pemasangan pam ini akan menyebabkan penurunan mendadak tekanan air pada sistem bekalan air awam. Melalui kajian lanjut yang dilakukan di laman web syarikat ini, kami mendapati terdapat brosur yang menggalakkan pengguna-pengguna untuk memasang pam sekiranya mereka menghadapi masalah tekanan air rendah walaupun pengguna menduduki bangunan bertingkat.
WECAM menasihati pengguna-pengguna supaya tidak memasang pam terus kepada sistem bekalan air utama untuk menyelesaikan masalah tekanan bekalan air rendah. Sekiranya terdapat kebocoran pada sistem perpaipan berdekatan dengan sistem pam anda, kotoran dari kawasan luar paip boleh tersedut masuk berdasarkan kapasiti pam. Ini akan mencemarkan bekalan air awam. WECAM mengharapkan kementerian dan agensi-agensi berkaitan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas iklan yang mengelirukan. Kami menggalakkan pengguna-pengguna untuk membuat aduan ke atas aktiviti-aktiviti sebegini dan juga masalah tekanan air rendah di Pusat Khidmat Aduan Pengguna di 03-78779000 atau layari www.nccc.org.my untuk melakukan e-aduan.
Piarapakaran Subramaniam
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)