BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $

3) Hak untuk membuat pilihan



PERBANDINGAN HARGA DAN KUALITI


Semasa anda membeli-belah, pastikan anda tidak tergesa-gesa membeli sesuatu barang. sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang jenama tertentu, bandingkan kualiti harganya dengan kualiti dan harga jenama lain yang merupakan alternatif.
                   BEBERAPA PANDUAN UNTUK MEMILIH BARANGAN

       Apabila anda mempunyai peluang untuk membuat pilihan, anda biasanya akan membuat perbandingan dari segi harga terlebih dahulu. Tetapi membuat perbandingan harga bukanlah tugas yang semudah itu. Sebagai misalan, katakanlah anda ingin membeli syampu di pasaraya.Anda mungkin memikirkan bahawa botol yang lebih besar adalah lebih ekonorni berbanding dengan saiz kecil tetapi adakah anda pasti yang perkara ini benar? Kadang-kadang saiz botol yang keciI adalah lebih ekonorni berbanding dengan saiz botol yang besar. Jadi bagaimana anda membandingkan barangan yang sama tetapi mempunyai isipadu yang berbeza? Anda perlu ambil perhatian mengenai harga seunit (unit price). Harga seunit merupakan asas yang baik untuk membuat perbandingan antara barangan. Misalnya harga sos tomato ditentukan berdasarkan harga bagi setiap 100ml.
       Dengan merujuk kepada harga seunit, anda dengan mudah dapat membandingkan harga walau apa pun saiz dan rekabentuk pembungkusan sos tomato berkenaan. Harga seunit adalah satu cara yang berkesan yang dapat membantu pengguna untuk membandingkan harga apabila terdapat pelbagai saiz dan pembungkusan yang berbeza. Semasa membuat perbandingan harga berdasarkan harga seunit, anda juga perlu membuat perbandingan dari segi kualiti barangan berkenaan. Dengan kata lain anda juga perlu mendapatkan maklumat lain mengenai barangan, membuat perbandingan dan penilaian keatas setiap alternatif yang ada.
               CARA MENGUMPUL MAKLUMAT BARANG

1. Baca dengan teliti petunjuk yang diberikan bersama dengan barangan seperti "kandungan" "kegunaan", "perhatian", " amaran" ,"bahaya" dan sebagainya. Pernyataan berkenaan adalah maklumat yang penting berhubung dengan kualiti barangan.

2. Baca laporan ujian mengenai barangan dalam majalah/akhbar yang mempunyai edaran di merata dunia. Langkah ini sesuai  untuk mengetahui pendapat pihak yang boleh dipercayai.

3. Memberi perhatian terhadap petunjuk yang itetapkan atau dinyatakan oleh industri terrtentu atau Kerajaan, jika terdapat.

4. Risik dan dengar dari teman atau taulan yang mungkin mempunyai pengalaman menggunakan barangan yang sama seperti  yang anda bercadang untuk membeli.


Ringkasnya anda harus faham bahawa harga yang tinggi tidak bererti ia mempunyai kualiti terbaik. Ingat bahawa jenama yang terkenal sentiasa diiklankan lazimnya dijual pada harga tinggi kerana kos pengiklanan dan promosi selain daripada kualitinya.Sebelum memutuskan mana satu barang atau jenama yang hendak dibeli, bandingkan harga dan kualitinya terlebih dahulu. Perbandingan harga dan kualiti boleh juga anda lakukan dengan membuat pengujian sendiri ke atas beberapa jenama. Perbandingan seperti ini boleh dilakukan kepada barangan keperluan seperti makanan dan minuman, pakaian dan sebagainya yang tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.
 INGATLAH! BARANG YANG BERMUTU TINGGI
  • Tidak semestinya mahal
  • Tidak semestinya kerap diiklankan
  • Tidak semestinya diimport
  • Tidak semestinya cantik bungkusannya
  • Tidak semestinya cantik katalognya
  • Boleh dicari jika pembeli bijak




 HAK PENGGUNA UNTUK MEMILIH
Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar Yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya. 
Secara amnya, wang merupakan satu keperluan kepada semua individu. Setiap pengguna mempunyai hak untuk memilih perkhidmatan kewangan yang ingin digunakan dan hak terhadap wang yang dibelanjakan. Pelbagai bentuk perkhidmatan kewangan ditawarkan pada masa ini seperti perkhidmatan perbankan, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya. Oleh itu, pengguna perlu mendapat perkhidmatan kewangan yang selamat, adil dan stabil. Ini boleh dimulakan dengan mengamalkan sikap berfikir dahulu dan membuat perbandingan sebelum memilih perkhidmatan kewangan tertentu atau sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Pengguna mempunyai hak untuk mendapat kepuasan dan faedah bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang diperolehi. 
Jika anda seorang pengguna bijak, anda akan menjadi sangat cerewet dalam memilih barang untuk dibeli.Anda bukan cerewet untuk memilih barang, tetapi anda cerewet dalam memilih harga barangan tersebut.Sebagai pengguna bijak, anda haruslah pandai memilih barangan yang murah dan berkualiti. Tentu jimat jika anda dapat membeli barangan yang murah tetapi berkualiti.Jika anda pandai, anda boleh tawar-menawar dengan pekedai. Cuba untuk dapatkan harga yang lebih murah. Bukan susah untuk menawar. 
Pengguna hendaklah diberi maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberi penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membentuk keputusan serta mendapat jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Ianya merujuk kepada suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran mencukupi dengan harga yang berpatutan

TIPS-TIPS PENGGUNA BIJAK:
 •Tabiat Pengguna Wanita:
Pancaindera dipengaruhi.
Gemar kemudahan/keselesaan.
Yakin yang mahal bermutu tinggi.
Mudah dipedaya dengan muslihat.
Suka dibimbing buat keputusan.
Suka gaya hidup "mewah".
Suka memiliki barang berlainan.
Ikuti pembelian atas taraf.
Sukar tolak tawaran istimewa.
Baik dalam membuat perbandingan.

Tabiat Pengguna Lelaki:
Dipengaruhi rakan / imej.
Elak jualan besar/murah/sesak.
Cenderung beli di tempat sama.
Cepat, tidak suka cerewet.
Kurang tawar menawar.
Rasa pedaya - tukar kedai.
Cepat mengesan muslihat.
Tidak suka digesa membeli.
  
Pengguna Bijak:
 •Membeli barangan berkualiti.
•Membuat perbandingan harga.
•Memilih perkhidmatan terbaik.
•Membuat pilihan yang tepat.

Bijak Berbelanja:
 •Buat senarai sebelum berbelanja.
•Bandingkan harga barang sebelum membeli.
•Membeli setelah tawar-menawar.
•Beli bahan tidak mudah rosak secara pukal.
•Beli barangan perlu, bukan mengikut nafsu.
•Amalkan sikap berjimat-cermat.

Taktik Perniagaan 

•Susun atur barangan:
 Barangan keperluan rumah, harga mahal diletakkan setentang dengan mata.
Meletakkan barangan mudah dicapai di kaunter pembayaran.

•Tarikan harga dan diskaun:
Menawarkan harga terbaik untuk barangan yang terhad.
Potongan harga diberikan dengan tanggapan harga tawaran terendah dari harga biasa.

•Memandu pergerakan pengguna:
Meletakkan barang keperluan jauh ke dalam.
Meletakkan tanda arah/ tapak kaki..

Pengaruh muzik dan haruman:
Pengguna berasa selesa.
Terpengaruh untuk menghabiskan masa di sesebuah kedai.

Tindakan Bijak

Bijak Pakai:
 Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen terkini.
Jangan hanya membeli pakaian berjenama.
Kitar semula pakaian lama.
Guna kain lampin dan bukan lampin pakai buang.

•Bijak Makan:
 Tanam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makan buah-buahan tempatan.
Makan buah-buahan pada musimnya.
Hentikan tabiat merokok.
Sediakan bekalan untuk ke sekolah/ pejabat.
Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya.
Kurangkan makan di luar, masak sendiri di rumah.

•Bijak Guna Tenaga:
 Tutup lampu, kipas dan pendingin udara apabila tidak digunakan.
Jangan biarkan peti sejuk terlalu dingin.
Perbaiki kebocoran paip.
Amalkan kitar semula.
Kumpul air hujan untuk kegunaan harian.

•Bijak Atur Perjalanan:
 Selaraskan enjin dengan betul.
Pastikan tekanan tayar sesuai.
Memandu pada kelajuan konsisten.
Berjalan bagi jarak perjalan yang dekat.
Gunakan pengangkutan awam.

•Bijak berhibur/ bercuti:
 Melayan rakan-rakan di rumah.
Pilih kaedah pengangkutan paling murah.
Bercuti di luar musim puncak.
Bercuti di dalam negara.











Isu  1:
Pengguna Boleh Pilih Pengendali Khidmat Pembentungan Mulai Tahun Depan
October 31, 2007 15:05 PM 
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Orang ramai boleh memilih sendiri syarikat perkhidmatan pembersihan pembentungan selepas Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta IPA) dikuatkuasakan pada Januari tahun depan. Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata di bawah peruntukan Akta IPA ini, kementerian akan memberikan lesen baru kepada pengusaha-pengusaha lain yang didapati mampu menawarkan perkhidmatan pembersihan pembentungan dengan baik untuk mengelakkan berlakunya monopoli oleh syarikat Indah Water Konsortium (IWK). "Saya fikir ini bukan monopoli kerana kerajaan bersungguh-sungguh tidak mahu IWK memonopoli perkhidmatan ini, maka permit-permit akan diberi kepada syarikat-syarikat lain yang mampu mengendalikan perkhidmatan ini," katanya ketika menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Terdahulu ketika menjawab soalan Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah), Shaziman berkata di bawah Akta IPA juga, kementerian akan memperkenalkan kaedah pengebilan bersama bagi bekalan air dan caj pembentungan sebagai usaha memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab di kalangan pengguna. Beliau berkata di bawah akta itu, pemegang-pemegang lesen pengagihan air boleh diberi kuasa untuk menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan untuk dan bagi pihak pemegang lesen perkhidmatan pembentungan. "Dengan pelaksanaan kaedah ini nanti, peruntukan 89 (2)(a) Akta IPA akan membenarkan pemotongan bekalan air dibuat sekiranya pengguna enggan membayar caj pembentungan," katanya. Katanya kaedah pengebilan bersama ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan operator bekalan air pada pertengahan 2008 dan kaedah ini hanya untuk bil pembentungan semasa sahaja manakala pihak IWK masih perlu meneruskan tindakan-tindakan untuk mengutip tunggakan menggunakan tatacara dan peraturan yang digunapakai pada masa ini. Shaziman berkata bagi mengatasi masalah pengguna yang enggan menjelaskan bil perkhidmatan itu, kerajaan bekerjasama dengan IWK mengambil beberapa langkah seperti mengadakan kempen kesedaran melalui media cetak dan media elektronik, menyertai program komuniti seperti ceramah, dialog dan pameran di samping mengedarkan risalah penerangan mengenai perkhidmatan dan caj yang dikenakan ke atas premis-premis. Syarikat IWK juga menghantar tiga surat peringatan tiga bulan berturut-turut kepada pemilik atau penghuni premis yang mempunyai tunggakan caj pembentungan dan melantik pihak ketiga yang bertauliah untuk memberi penerangan dan mengutip pembayaran daripada pemilik atau penghuni premis yang enggan membayar bil itu. " Sebagai pilihan terakhir, sekiranya langkah-langkah tersebut tidak memberi kesan, IWK akan menghantar surat tuntut pembayaran melalui syarikat guaman yang dilantik. Seterusnya, jika masih enggan membayar bil pembentungan, tindakan undag-undang diambil ke atas pemilik premis tersebut," katanya. Beliau berkata caj yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni premis bukan tujuan untuk menindas masyarakat sebaliknya caj yang ditetapkan adalah berpatutan jika dibandingkan dengan khidmat pembersihan najis yang dilakukan. Katanya caj yang dikenakan bagi kawasan-kawasan perumahan tempatan adalah RM8 sebulan bagi yang bersambung secara sentral, bagi septik individu pula sebanyak RM6 sebulan, di kampung-kampung dan estet dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya RM3 sebulan dan bagi rumah kos rendah hanya RM2 sebulan.
-- BERNAMA

Isu  2:
Penghantaran Kad Ucapan Menerusi Pos Masih Menjadi Pilihan
October 13, 2007 11:06 AM 
KUANTAN, 13 Okt (Bernama) -- Meskipun kini ada pilihan menggunakan Internet dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mengirim ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri, kiriman kad raya masih popular dan menjadi pilihan masyarakat. Ditambah dengan promosi kadar bayaran setem berharga 30 sen untuk setiap kad yang beratnya tidak melebihi dua kilogram, penduduk di tiga negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan mengambil kesempatan itu untuk mengirim kad ucapan Aidilfitri. Berbanding dengan kiriman ucapan menerusi kad elektronik dan SMS, kad-kad ucapan dilihat lebih menusuk hati buat tatapan orang tersayang serta tanda ingatan bagi mereka yang berjauhan. Timbalan Pengurus Pos Malaysia Pahang Hisham Zuhdi Mahmud Zuhdi berkata lebih 680,000 kad raya diterima Pos Malaysia Pahang setakat ini berbanding 607,000 pada tahun sebelumnya.  umlah kiriman kad raya musim perayaan ini meningkat 12 peratus berbanding tahun lepas. "Walaupun berlaku peningkatan jumlah kad raya namun kita tidak mengambil kakitangan sambilan kerana jumlah pekerja yang ditugaskan yang di bahagian serahan mel mencukupi selain jadual tugasan yang efisyen," katanya kepada Bernama. Promosi kadar bayaran pos atau setem bernilai 30 sen  untuk setiap kad raya yang dihantar adalah sehingga 13 Okt manakala bagi perayaan Deepavali bermula 8 Okt hingga 8 Nov. Promosi kadar bayaran itu turut dilakukan bagi sambutan Hari Raya Aidiladha, Krismas, Tahun Baru China dan Sambutan Tahun Baru. Katanya tempoh promosi penghantaran kad sempena Aidiladha bermula 20 Nov hingga 20 Dis, Tahun Baru Cina (7 Jan hingga 7 Feb 2008) dan Sambutan Tahun Baru tarikh promosi ditetapkan pada 1 Dis hingga 1 Jan 2008. Di KUALA TERENGGANU, Pengurus Pos Malaysia Terengganu berkata Quek Lim Tiong berkata pengiriman kad Hari Raya di Terengganu dijangka meningkat berbanding tahun lepas dan sejak 13 Sept lepas hingga semalam, pihaknya mengendalikan penghantaran kad raya sebanyak 471,050 keping berbanding 507,900 keping pada tahun lepas. "Kita mengendalikan urusan serahan kad raya ini sehingga 2 Nov dan saya menjangkakan, jumlah itu akan meningkat berbanding tahun lepas," katanya. Bagi mengendalikan urusan penghantaran kad raya yang didapati paling banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat dan orang perseorangan, Pos Malaysia Terengganu mengambil 10 pekerja sambilan untuk memastikan kelancaran urusan penghantaran. Di KOTA BAHARU, Penghantaran kad raya di Kelantan meningkat melebihi 209,000 keping, kata Ketua Operasi Mel Pos Malaysia Kelantan, Mohamad Ibrahim. Seperti kebiasaan, katanya mereka yang paling banyak menghantar kad raya terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang mengepos beribu-ribu keping kad selain orang perseorangan dan badan tertentu. Katanya orang ramai masih boleh terus menghantar kad raya walaupun selepas 1 Syawal kerana perkhidmatan penghantaran Pos Malaysia sentiasa diteruskan seperti biasa dan pejabat pos dibuka pada 16 Okt.
-- BERNAMA

Isu 3:
Antara Hak Mengundi Automatik dan Sistem Pengundian Awal                                
THURSDAY, 28 JANUARY 2010 00:59

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan bahawa mereka akan mengkaji keperluan untuk melaksanakan sistem pengundian lebih awal (advance voting). Sistem pengundian awal bermaksud pengundi boleh membuang undi sehari atau beberapa hari lebih awal. Tujuannya bagi meningkatkan jumlah pengundi serta mengurangkan kesesakan pada hari mengundi. Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sistem ini telah dijalankan di beberapa buah negara termasuklah negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Apa yang menjadi persoalannya di sini ialah bukankah lebih baik jika SPR memfokuskan kepada sistem pendaftaran pengundi secara automatik sekiranya objektif untuk mengadakan sistem pengundian awal ini, adalah untuk meningkatkan jumlah pengundi pada hari mengundi?
Sehingga kini, terdapat 4.4 juta rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi tidak atau belum mendaftar dengan SPR. Ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana ia menunjukkan kurangnya kesedaran dalam kalangan rakyat, atau sikap tidak lagi peduli tentang situasi politik negara. Ini bakal merugikan banyak pihak termasuk pengundi itu sendiri kerana mereka hanya diberikan hak mengundi sekali sahaja setiap lima tahun dalam menentukan kepimpinan kerajaan tetapi menafikan atau dengan sengaja mengabaikan hak tersebut. Jika MyKad dijadikan sebagai kad pelbagai fungsi (merujuk juga kepada fungsi MyKad akan dijadikan sebagai saluran untuk mendapatkan subsidi minyak dan fungsi-fungsi lain yang pernah diperkenalkan seperti kad TouchNGo dan kad ATM), mengapa seorang pemegang MyKad yang telah berumur 21 tahun, berwarganegara Malaysia tidak boleh diklasifikasikan sebagai pengundi secara automatik? Dan jika pihak bank dan TouchNGo Sdn Bhd boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, mengapa hal yang sama tidak boleh berlaku antara SPR dan JPN?
Saya pernah bertanya kepada beberapa rakan yang masih belum mendaftar, dan jawapan yang mereka berikan adalah ‘menjadi kerja untuk pergi mendaftar’, ‘kalau mendaftar, bila mengundi, perlu pulang ke kampung halaman’, ‘sudah tidak percayakan sistem pengundian’ dan alasan-alasan lain yang mengejutkan. Melihat kepada masalah pengundi akan menyalahkan pihak SPR mengenai alamat tempat tinggal, kerana alamat tempat tinggal yang berbeza dalam MyKad dan tempat tinggal sekarang pengundi itu sendiri, ia merupakan tanggungjawab pengundi itu sendiri. Ingin saya bertanya, berapa ramai rakyat Malaysia yang sedar bahawa mereka perlu menukar alamat tempat tinggal setiap kali mereka berpindah dan menetap di satu-satu kawasan? Apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah, sayang jika dibiarkan pengundi terus tidak berdaftar. Mereka mungkin tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu. Tetapi, tidakkah akan menjadi satu titik permulaan kepada rakyat bagi mempunyai kesedaran dalam memiliki hak untuk keluar mengundi? Bukankah ini akan menjadikan SPR dan JPN yang lebih efektif dan mesra rakyat? Tidakkah ini juga akan meningkat keupayaan JPN sebagai menyahut konsep KPI yang diperkenalkan kerajaan? SPR patut melihat jauh di dalam isu ini selain daripada memfokuskan kepada sistem pengundian awal.

Azwa Abdul Rahman
27 Januari 2010

Isu   4:
Tarik kereta : Pengguna Harus bijak guna hak                                    
WEDNESDAY, 20 FEBRUARY 2008 00:00

Sememangnya bank-bank sebagai pemberi pinjaman berhak untuk menuntut pinjaman dari peminjam. Peminjam sewabeli kenderaan yang ditimpa musibah kewangan tidak mempunyai peluang untuk meringankan masalah kerana bank-bank sentiasa menggunakan kekerasan dan hak mutlak untuk menuntut tunggakan dengan menarik kereta. Setelah kehilangan kereta pengguna dibebani kos tambahan untuk membayar kos upah tarik kereta, kos penyimpanan serta lain-lain kos.
Apakah pembelaan kepada pengguna yang menghadapi masalah kewangan?
Pengguna yang tertunggak dipaksa untuk membayar sepenuhnya tunggakan. Jika gagal kereta ditarik. Jika pengguna tidak membenarkan ditarik tunggakan secara bayaran sebahagian tidak dilayan. Di manakah keadilan  bagi meraka yang menghadapi masalah kewangan yang runcing, mungkin ditimpa kemalangan, kehilangan pekerjaan, dialami sakit ….? NCCC mendesak AKTA KREDIT digubal segera untuk membela pengguna secara adil dan saksama. Sejak rancangan 360 di TV3 malam tadi, banyak aduan dan pertanyaan berhubung hak pengguna berkaitan tukang-tukang kereta yang kasar dan ganas diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).   NCCC nasihatkan pihak pengguna yang menghadapi masalah bayaran ansuran sewabeli, Berhubung segera terus dengan pihak bank untuk mengaturkan pembayaran yang tertunggak. Jika bank tidak layan sila berhubung dengan NCCC segera. Jangan sekali membuat bayar terus kepada tukang tarik untuk mengelakkan tindakan ditarik kereta. Esok hari tukang tarik lain akan datang untuk manarik.
Pengguna mesti mengelakkan dari tunggakan yang menggunung yang tiada siapa dapat bantu.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi,
Muhammad Sha'ani b. Abdullah
Ketua Eksekutif
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)