BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $

1) Hak untuk mendapatkan keselamatan




Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi. Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut.

Pengguna  Hendaklah:

1) Memeriksa ciri-ciri keselamatan barang dagangan sebelum membeli. Ada beberapa model bagi setiap jenis produk. Pengguna boleh membuat pilihan. Mereka perlu membandingkan ciri pelbagai produk itu dan sebagai suatu amalan rutin pertimbangkan keselamatan relatif produk itu. Sebagai contoh, bukan semua soket elektrik yang dijual mempunyai suis keselamatan yang bertindak sendiri apabila palam ditanggalkan. Demi keselamatan, soket bercirikan keselamatan lebih digemari.



2) Tanya penjual mengenai ciri keselamatan produk sebelum membelinya. Penjual biasanya menyimpan pelbagai jenis produk dan mereka tentu bersedia memberi maklumat berguna mengenai prestasi produk dan ciri-ciri keselamatannya.

3) Pengguna hendaklah mengambil daya usaha dan peluang bertanya kepada penjual itu mengenai produk yang disogokkan, terutama mengenai ciri-ciri keselamatan.

4) Lengkapkan dan kembalikan kad pendaftaran produk yang dibeli supaya anda dapat diberitahu jika ada kes penarikan semula produk. Memang ada berlaku kerosakan pada produk dan pengeluar, khususnya yang ada reputasi pernah menarik balik atau mengeluarkan maklumat lanjut mengenai penggunaan produk yang betul.

5) Mengembalikan kad pendaftaran beralamat membolehkan pengeluar menghubungi pembeli apabila berlaku sesuatu masalah pada produk. Kadangkala  pengeluar memerlukan kad pendaftaran itu sebagai syarat bagi melaksanakan kewajipannya berhubung jaminan yang termaktub. Dalam kes seperti ini, pengembalian kad pendaftaran menguntungkan pengguna iaitu mereka menaruh keyakinan pada jaminan yang dinyatakan tanpa perbalahan.

6) Baca dengan teliti label produk dan keterangan serta label amaran. Produk pengguna biasanya mempunyai maklumat berguna dan amaran mengenai produk. Dalam kes ubat-ubatan yang dijual di kaunter misalnya, rumusan pakej tersedia dalam bungkusan ubat berkenaan memberi banyak maklumat berguna. Petanda ini bagi menentukan ubat mana yang harus digunakan, dosnya mengikut lingkungan umur, dan petanda kontra (keadaan yang ubat tidak boleh digunakan seperti kehamilan, penyusuan badan, penyakit tertentu, beralkohol atau ketika memandu) perlu diberi perhatian. Contohnya, label makanan memberi maklumat berguna bagi mereka yang mengalami alahan pada sesetengah kandungannya.

7) Baca dan patuhi maklumat mengenai penggunaan produk dengan cermat. Banyak produk hanya selamat apabila digunakan mengikut garis panduan dan keterangan yang diberi. Sesetengah barangan elektrik selamat hanya apabila digunakan dalam jangka masa tertentu. Dengan bertambah jangka hayat, lama masa penggunaan produk perlu dikurangkan. Seterika terlalu panas dan pengering rambut penyebab berlaku kebakaran dan kecederaan serta kerosakan di rumah. Gunakan produk seperti ditetapkan dengan cermat dan berhati-hati. Produk biasanya untuk suatu kegunaan saja. Sesetengahnya sesuai untuk beberapa kegunaan. Tiada produk yang selamat untuk semua penggunaan. Penting menggunakan alat yang betul untuk melakukan sesuatu kerja selain mengetahui kebolehan seseorang itu berbeza di antara satu sama lain. Kanak-kanak harus dilindungi. Banyak pihak pengeluar secara sedar menyediakan label seperti ‘tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak’ atau ‘jauhi daripada kanak-kanak’. Namun, ramai ibu bapa gagal mematuhi amaran ini.

9) Laksanakan tanggungjawab peribadi bagi kewaspadaan normal apabila menggunakan produk. Tanpa mengira berat beban undang-undang yang mungkin dikenakan ke atas pengeluar, hakikatnya keselamatan adalah tanggungjawab peribadi setiap pengguna. Semua produk boleh menyebabkan berlaku kecederaan dan pengguna mesti sedar hal itu. Keprihatinan khusus diperlukan apabila menggunakan peralatan seperti kenderaan motor, barangan elektrik dan kimia serta ubat-ubatan.

10) Maklumkan kepada peruncit, pembuat dan organisasi pekerja atau pihak ketiga lain apabila produk tidak beroperasi dengan selamat. Pengeluar, terutama syarikat besar menyediakan sistem untuk memantau prestasi produk mereka selepas jualan. Sistem ini banyak bergantung pada maklum balas pengguna dan demi kepentingan penggunalah maklum balas ini diberikan. Pengguna sering gagal melaksanakan hak mereka – hak membuat aduan! Walaupun yang mengadu kurang, tindakan mereka bermanfaat bukan saja kepada mereka sendiri, malah orang ramai. Surat aduan dihantar kepada pihak berkenaan dan jika tidak diberi perhatian, hantarkan kepada akhbar dan agensi kerajaan.

11) Kenal pasti kelemahan produk dan laporkan kepada pihak berkenaan. Memaklumkan kepada pihak berkenaan boleh memberi banyak manfaat. Aduan pengguna boleh membawa kepada rampasan beberapa jenis krim pemutih kulit yang mengandungi bahan hydroquinone daripada salun kecantikan. Penggunaan hydroquinone ini amat berbahaya, khususnya bagi penduduk di kawasan tropika kerana kekerapan mereka terdedah pada cahaya matahari. Bahan berlebihan dalam badan boleh mengeluarkan tinnitus, selain menyebabkan tremors, deria kesesakan nafas, muntah, ketegangan otot, pening, sawan atau koma akibat kegagalan sistem pernafasan. Hydroquinone diharamkan Kesatuan Eropah.

12) Beri maklum balas kepada penarikan semula. Penarikan semula produk dilakukan pengeluar dan peruncit apabila diarahkan kerajaan atau mereka sendiri kerana wujud kelemahan pada produk dijual. Penarikan semula produk hanya berkesan apabila pengguna memberi maklum balas kepada usaha itu dan mengembalikan barang yang dibeli. Pengguna biasanya tidak segera memberi maklum balas kepada penarikan semula produk kerana berpendapat produk mereka itu selamat dan berprestasi baik. Ini bermakna suatu bencana sedang menunggu untuk berlaku.

13) Sokong usaha memperbaiki keselamatan bagi semua pengguna. Keselamatan adalah keprihatinan ramai dan segala usaha berhubung keselamatan harus diteruskan. Setiap hari, produk baru memasuki pasaran dan pengguna serta organisasi pengguna harus sentiasa waspada. Pengeluar dan kerajaan begitu responsif apabila ada permintaan daripada pengguna terhadap pembaikan undang-undang keselamatan dan penguatkuasaan. Setiap orang harus menyokong usaha memperbaiki keselamatan supaya semua selamat.

Pengguna perlulah bertanggungjawab bagi keselamatan mereka. Bagi mencapainya, mereka perlu prihatin dan waspada serta memastikan wujudnya rejim keselamatan produk untuk menyekat produk tidak selamat sampai ke pasaran.







ISU  1:
1) ISU KESELAMATAN PRODUK PENGGUNA DI MALAYSIA

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) telah berdaftar dan menerima notifikasi melalui e-mel ....daripada pelbagai agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang luar negeri seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dan Korea. Sayang sekali kemudahan notifikasi sedemikian tidak disediakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di Malaysia.
Para pengguna di negara-negara tersebut di atas kerap dimaklumkan tentang produk-produk yang tidak selamat dan yang telah dikeluarkan arahan penarikan balik daripada pasaran oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Tetapi di Malaysia, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan tidak berbuat demikian. Kebanyakan produk yang ditentukan tidak selamat di negara-negara tersebut di atas tidak dikawal oleh mana-mana undang-undang di Malaysia. Di kalangan produk-produk tersebut adalah lampu, bateri dan sehingga hari ini alat permainan kanak-kanak.
Kita telah ‘bermain’ dengan Peraturan Keselamatan Alat Permainan Kanak-kanak sejak tahun 2002.  Membelakangkan krisis keselamatan alat-alat permainan pada tahun 2007, Standards Users dan Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) telah mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menghidupkan semula kerja-kerja penggubalan peraturan keselamatan alat permainan yang terhenti pada tahun 2002.
Kini hampir dua tahun selepas krisis keselamatan alat-alat permainan bermula, implementasi peraturan tersebut telah ditangguhkan berkali-kali. Selepas notifikasi Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa atau WTO, peraturan tersebut dikatakan diperingkat akhir mengenalpasti kod HS untuk tujuan kawalan Kastam. Kami dimaklumkan oleh KPDNHEP bahawa peraturan keselamatan alat-alat permainan akan dilaksanakan hujung bulan Mac 2009.
Standards Users sangat kecewa atas kelewatan dalam implementasi peraturan tersebut yang mengambil masa selama dua tahun (atau sejumlah 7 tahun), memandangkan isu ini penting dan perlu ditangani dengan kadar yang segera. Peraturan tidak perlu diluluskan di Parlimen, maka tidak patut mengambil masa yang lama untuk diimplementasi oleh KPDNHEP. Ada beberapa Akta (yang perlu diperdebat dan diluluskan di Parlimen) diwartakan lebih cepat daripada peraturan tersebut di atas.
Hari ini pun dua e-mel telah diterima oleh Standards Users daripada USCPSC dan Health Canada, bahawa mereka telah menarik balik 180,000 buah alat permainan kanak-kanak akibat bahaya tercekik. Kerajaan Amerika Syarikat telah menarik balik 210,000 pasang selipar kanak-kanak kerana kandungan Plumbum yang tinggi.
Standards Users percaya bahawa walaupun model produk yang sama tidak dijual di Malaysia tetapi jenis produk yang sama mungkin terdapat di pasaran di Malaysia dan mungkin mempunyai bahaya yang sama. Tetapi siapa yang mengujinya? Agensi-agensi berkaitan tidak melakukan apa-apa selagi sesuatu produk dikawal di bawah Peraturan atau akta-akta tertentu. Sehingga sesuatu produk itu dikawal melalui perundangan, sehingga itu tiada tindakan daripada mana-mana pihak.
KPDNHEP mempunyai bidangkuasa ke atas perlaksaan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Di bawah seksyen 19 Akta tersebut, Menteri KPDNHEP mempunyai kuasa menjadikan sesuatu standard sukarela (voluntari) yang relevan sebagai standard mandatori. Di bawah seksyen 23 pula Menteri mempunyai kuasa menarik balik / melarang penjualan sesuatu produk yang tidak selamat.
Semenjak tahun 1999 Akta Perlindungan Pengguna diwartakan, berapakah jumlah standard yang dijadikan mandatori dan berapakah jumlah produk yang ditarik balik daripada pasaran menggunakan Akta tersebut. Tiada! Kami tidak tahu apakah yang ditunggu dan untuk berapa lama supaya tindakan diambil di bawah Akta tersebut ke atas produk yang tidak selamat di pasaran.
Standards Users telah menghantar beberapa lagi alat-alat permainan kanak-kanak untuk diuji. Walaupun kandungan Plumbum yang diuji tidak melebihi had tetapi, alat permainan tersebut mempunyai bahaya mencekik. Sesetengah alat pula mempunyai hujung tajam yang boleh menyebabkan luka pada kanak-kanak.  Kami tidak pasti tentang jumlah kanak-kanak yang tercedera atau dimasukkan dalam wad akibat kecederaan disebabkan alat permainan. Tiada kajian dilakukan oleh mana-mana universiti walaupun selepas krisis keselamatan alat-alat permainan 2007. 
Kumpulan Kajian Kepentingan Orang Awam di Amerika Syarikat (USPIRG) akan menerbitkan laporan kecederaan alat permainan kanak-kanak setiap tahun. Mereka mengumpul data daripada wad kecemasan dan hospital serta klinik untuk mendapatkan data tersebut. Data sedemikian di Malaysia boleh membantu Standards Users menjustifikasi keperluan standard mandatori ataupun peraturan keselamatan produk pengguna.
Kami berharap pengguna pula akan tampil melaporkan sebarang kejadian / kecederaan yang dialami oleh anak-anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka disebabkan oleh sebarang produk merbahaya, kepada Standards Users atau PUsat Khdimat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC).  Ini membolehkan Standards Users mempunyai data yang sah dan mengambil tindakan seterusnya bersama-sama dengan agensi-agensi berkaitan.
Sejak tahun 2006, penduduk di Malaysia telah menyaksikan pelbagai skandal keselamatan produk pengguna di Malaysia dan antarabangsa bermula dengan keracunan makanan di sekolah sehinggalah pencemaran mentega kacang dengan bakteria Salmonella pada tahun ini, 2009. Sejak krisis keselamatan alat permainan kanak-kanak pada tahun 2007, Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah telah mengambil langkah-langkah memperbaiki lagi peraturan keselamatan produk di negara masing-masing.
Tindakan yang paling ketara adalah Akta Penambahbaikan Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (atau US Consumer Product Safety Improvement Act). Deretan skandal keselamatan makanan baru-baru ini telah mendesak tinjauan semula dan penambahbaikan tugas dan tanggungjawab badan Pentadbiran Makanan dan Dadah (Food and Drug Administration – FDA) Amerika Syarikat, dari segi undang-undang dan peruntukan kewangan.
FDA telah dikritik oleh pengguna dan industri di Amerika Syarikat ke atas pencemaran bekalan mentega kacang daripada Peanut Corporation of America (PCA) akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009. Laporan menyatakan bahawa FDA tidak meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke atas kilang PCA walaupun kunjungan pada tahun 2007 menunjukkan bukti pencemaran bakteria Salmonella pada masa itu.   Undang-undang di bawah FDA dan hasil kajian FDA pula kerap dirujuk oleh agensi-agensi yang berkenaan di Malaysia, terutamanya Bahagian Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKKM) dan Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Selepas pelbagai masalah keselamatan makanan beberapa tahun kebelakangan ini, Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah (pengeksport dan pengimport) telah meninjau dan mengetatkan lagi peraturan berkaitan keselamatan makanan. Hairannya di Malaysia nampaknya tiada desakan untuk berbuat demikian. Ini mungkin kerana ketaksaan peruntukan di dalam sesuatu akta atau peraturan memberikan fleksibilti kepada industri dan agensi kerajaan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan mengawal keselamatan makanan ataupun lain-lain produk pengguna di Malaysia.
ISU  2
2) ADA ALAT PERMAINAN KANAK-KANAK GUGAT KESELAMATAN( AWAS! ADA ALAT PERMAINAN GUGAT KESELAMATAN)
Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan. Walaupun alat permainan sepatutnya menyeronok dan menghiburkan, tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan itu dicipta. Kanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan meneka fungsinya sedari kecil. Ini antara sebab mengapa keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting. Pilihan alat permainan harus sesuai umur kanak-kanak juga tingkat perkembangan dan bakat mereka. Keadaan fizikal, sosial dan pendidikannya juga harus diambil kira dalam hal ini. Kemalangan ketika bermain alat mainan sering disebabkan tiga punca utama:

# Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan kepada seseorang.


# Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan kepada anak berusia tiga tahun.


Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar.


# Dengan mengetahui bagaimana kemalangan berlaku, ibu bapa boleh membantu mengelak kemalangan dengan memilih alat permainan yang dapat menjauhkan kanak-kanak daripada ditimpa kemalangan.


# Beg plastik yang selalu ditinggalkan berselerak di merata rumah dan sering dianggap tidak mendatangkan masalah, boleh melemaskan kanak-kanak jika mereka menyarungnya pada kepala dan muka.


# Ibu bapa harus menilai barang mainan yang dibeli untuk anak-anak. Alat permainan adalah kemestian dan kanak-kanak banyak belajar melaluinya tetapi ia tidak perlu menggugat keselamatan dan kesihatan mereka.

Panduan membeli barang mainan
 Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak prasekolah. 
# Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang anak patung yang senang dicabut. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan tidak boleh mencederakan. 
# Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh dilentur. 
# Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung. 
# Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. Pastikan alat permainan tidak menggunaka cat bertoksid. 
 # Alat permainan sepatutnya boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. 
# Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan.
 # Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tali yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.
 http://www.smartgeneration.com.my/index.php/halaman_pengguna/init/1/5


ISU 3
3)AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) DIKEKALKAN DEMI MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA
Pengenalan
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri  Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam demi kesejahteraan dan keamanan negara.
Sejarah
ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.
Perundangan
Relevant sections of the legislation are as follows:
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof." Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years." 
Tempat Penahanan
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak
Penahanan 60 hari pertama
ISA bukanlah undang-undang draconian. Undang-Undang tersebut mengandungi peraturan-peraturan memelihara hak tahanan antaranya:
1) Tahanan ISA bukannya ditahan tanpa sebarang pembelaan. Semasa tempoh tahanan 60 hari, orang tahanan akan dimaklumkan alasan-alasan di sebalik penangkapan dan penahanannya. Pada masa yang sama orang tahanan turut diberi kebenaran berjumpa dengan keluarganya serta peguam yang dipilih sendiri oleh beliau. Dalam tempoh tersebut pihak Polis Diraja Malaysia setelah berpuas hati, Menteri Dalam Negeri boleh sama ada mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap orang itu. 
2) Selepas perintah tahanan dikeluarkan dan diserahkan kepada orang tahanan, beliau akan dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan diberi tiga salinan borang (sama ada untuk membuat representasi sendiri atau diwakili peguam) dan turut dibekalkan dengan pengataan fakta serta penahanan. Lembaga Penasihat dikehendaki mendengar representasi orang tahanan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan tersebut.
3) Pengerusi Lembaga Penasihat adalah merupakan seorang individu yang layak untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Setelah mempertimbangkan representasi tersebut Lembaga Nasihat akan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan memberi arahan sama ada untuk mengekalkan perintah YB Menteri Dalam Negeri atau membebaskan orang tahanan berkenaan.
4)  Setiap perintah tahanan dan perintah sekatan  akan dibuat ulang kaji oleh Lembaga Penasihat, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 6 bulan.
5) Dalam tempoh tersebut orang tahanan  boleh melantik peguam sendiri mewakili dirinya. Laporan ulang kaji serta sebarang syor akan dikemukakan kepada Menteri Dalam negeri sekiranya difikirkan perlu.
Dakwaan Terhadap Penahanan
Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.
Bantahan Dalam Negara
Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai di antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.
Bantahan Luar Negara
Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA ( USA Patriot Act) selepasnya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Pembebasan Tahanan  ISA
Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak 4 April lalu. Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara. 
Cadangan  Kajian Terhadap ISA 
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah wujud hampir separuh abad lamanya, memerlukan kajian semula supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa.
YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula ISA. Pada 4 Ogos 2009 Perdana Menteri juga telah memaklumkan bahawa dalam melaksanakan kajian semula ke atas ISA semua pihak termasuk pembangkang dan pelbagai pertubuhan sivil akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan idea bagaimana untuk memperbaiki undang-undang dan bukan mempolitikkannya. 
Dasar dan pendirian Kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukannya memansuhkan ISA. Ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan menutup ruang penyalahgunaan kuasa dan lain-lain perkara yang menimbulkan pertikaian
Tujuan  ISA  Dikekalkan
Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut:
1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik
3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.
4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.
5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme.
6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.
7. Ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama.
8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan.
9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan.           
10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.     
11. Ia juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam.        
Tentangan Terhadap  ISA 
1. AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan
2. Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.
3. Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.
4. Penahanan tanpa bicara selama  dua tahun.
5. Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik.
6. Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka. 
Cadangan  Pindaan  ISA
1. Memandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia merupakan warisan penjajah, adalah baik ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
2. Mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari pakar undang-undang dan wakil-wakil tertentu bagi mencari kecacatan ISA.
3. Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan.
4. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas utnuk mengkaji adakah bebar penganiayaan di bawah ISA berlaku?
5. Melaksanakan kajian dari perspektif Islam oleh pakar Islam dan Mufti sama ada ISA ini bercanggah atau tidak dengan justifikasi di sisi Islam sebagai agama rasmi Negara. Adakah Islam membenarkan seseorang orang ditahan sedemikian, jika wujud unsur yagn disyaki membahayakan Islam dn menganutnya. 
Perhimpunan  Mansuhkan  ISA 
Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos 2009. Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).   Seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah. Ianya melibatkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.
Sebanyak 26 organisasi Mahasiswa telah menyokong dan menegaskan pendirian  menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut. Penglibatan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan ini telah mendapat perhatian antaranya ialah Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mat Ikin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk. Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu.
Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air. Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang. Dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara  berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.
Kesan Dari Perhimpunan  Mansuhkan ISA 
1. Para peniaga di sekitar Jalan Masjid India  marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara pada 1 Ogos baru-baru ini kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka.
2. Perhimpunan itu menimbulkan kemarahan peniaga di situ,  kebanyakan pelanggan tidak berani datang kerana takut terperangkap dalam perhimpunan haram.
3. Peniaga telah mengalami kerugian yang besar dengan penutupan premis peniagaan mereka semasa perhimpunan diadakan dan menjejaskan sumber pendapatan mereka.
4. Demonstrasi di tempat-tempat terbuka akan mengundang media antarabangsa membuat liputan negatif dan menyiarkan berita tersebut berulang kali.
5. Masyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir. Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri pelancongan negara.
6. Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik. Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Kesimpulan
• Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu.
• Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan. 
• Tidak menggunakan alasan hak asasi untuk berselindung di sebalik kegiatan dan hak politik bangkangan yang mereka perjuangkan. Jika mahu memperjuangkan hak politik, maka nyatakan dengan jelas dan nyata.
• Kerajaan dan pasukan keselamatan perlu memperbetulkan persepsi tentang ISA. Jika kerajaan hendak meliberalisasikan ISA, wajarlah dilaksanakan dahulu penerangan bersepadu kepada rakyat tentang ISA dan potensi ancaman kepada negara jika ISA tidak dilaksanakan sejak dari dahulu lagi.
• Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dengan mudah boleh menjejaskan pembangunan dan kestabilan negara.
• Pihak yang menganjurkan perhimpunan haram itu sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan memorandum kepada kerajaan bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
• Sekiranya didapati pemimpin pembangkang menjadi tulang belakang kekecohan dalam perhimpunan haram baru-baru ini, tindakan yang tegas perlu diambil mengikut saluran undang-undang yang ada. 
• Adalah sukar difahami pihak-pihak tertentu di kalangan masyarakat Cina yang menentang ISA, sedangkan majoriti tahanan ISA adalah kaum Melayu yang terlibat dengan kegiatan militan dan ekstremis.
• Dalam demonstrasi menentang ISA pada 1 Ogos 2009 majoritinya adalah kaum Melayu dan amat sedikit penyertaan kaum Cina. Ini menunjukkan masyarakat kaum Cina tidak mempunyai sentimen anti ISA yang kuat melainkan segelintir yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi atau politik.
• Semua negara mengamalkan penahanan tanpa bicara tetapi yang berbeza adalah tempoh tahanan, jadi tempoh tahanan adalah satu aspek yang akan diteliti dalam kajian semua ISA.
• Kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia








Isu  4
Tali Pinggang Di Tempat Duduk Belakang Mungkin Bahaya Untuk Kanak-Kanak
April 18, 2008 19:29 PM  
Oleh Mohd Azril Mohd Annuar 
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil kira keselamatan kanak-kanak sebelum menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang kenderaan Jun ini. Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha, berkata penggunaan tempat duduk kanak-kanak atau alas untuk meninggikan tempat duduk bagi kanak-kanak hingga usia 14 tahun atau pada tahap ketinggian atau berat badan tertentu adalah perlu bagi memastikan keberkesanan fungsi dan keselamatan penggunaan tali pinggang keselamatan itu. "Terdapat keperluan untuk mengadakan kajian bagi mengenalpasti pilihan terbaik dalam penggunaan tempat duduk kanak-kanak yang sesuai dan alas untuk meninggikan tempat duduk. "Situasi yang serupa juga berbangkit di negara lain di mana peraturan menggunakan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang dilaksanakan kerana timbul persoalan mengenai kesesuaian tali pinggang untuk penumpang dewasa digunakan oleh kanak-kanak. "Penyelesaian alternatif ialah bagi pelaksanaan tali pinggang keselamatan bagi kanak-kanak dilakukan secara berperingkat dengan sedikit kelonggaran diberikan dalam beberapa situasi sehingga kita dapat mencari satu penyelesaian, kata Tunku Mudzaffar kepada Bernama semasa diminta mengulas mengenai perkara itu. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad bersetuju dengan cadangan Tunku Mudzaffar itu dan kedua-dua mereka berkata pelaksanaan peraturan itu bagi penumpang dewasa oleh dilaksanakna segera.
Bagaimanapun, Aishah berkata memandangkan terdapat kenderaan lama (lebih 10 tahun) di jalan raya, kerajaan patut lebih bertimbang rasa dalam pelaksanaan peraturan ini kerana kenderaan sedemikian memerlukan beberapa pengubahsuaian bagi pemasangan tali pinggang keselamatan itu.
Pakar dan perunding industri dari Frost and Sullivan's Automotive and Transportation Practice Asia Pacific, Mike Lee berkata kanak-kanak akan memerlukan tali pinggang yang direka khas "yang boleh merentangi dada dan bahu mereka dan bukannya di leher atau tengkuk dan tali pinggang yang merentangi di paha dan bukannya perut,". Dalam hal ini, seorang kanak-kanak itu harus menggunakan satu daripada kemudahan yang ada untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berbeza seperti bakul bayi, kerusi kanak-kanak yang menghadap ke depan dan alas tempat duduk. "Tanpa alat keselamatan yang sesuai untuk kanak-kanak, ia boleh menyebabkan kanak-kanak terlorot di bawah tali pinggang yang dikenali sebagai kesan "kapal selam". Mereka juga boleh mengalami "sindrom tali pinggang", iaitu mengalami kecederaan serius pada abdomen, tulang belakang dan belakang," kata Lee. Mengenai sama ada kerajaan patut memperkenalkan peraturan bagi kereta dipasang dengan tali pinggang keselamatan yang sesuai dan memenuhi keperluan kanak-kanak, Lee berkata ia patut dipertimbangkan dengan syarat alat itu sudah berada di pasaran. "Kerajaan boleh mengkaji peraturan serupa di Australia dan Eropah untuk menilai apa yang terbaik bagi Malaysia buat masa ini. "Kita perlu ingat bahawa alat keselamatan yang berkualiti untuk kanak-kanak bukannya murah, dan ia mungkin menjadi bebanan tambahan bagi keluarga di negara ini," katanya.















-- BERNAM

Isu  5



Ambil tahu kandungan dalam makanan 

SELAMATKAH makanan yang kita ambil setiap hari? Percayakah makanan itu benar-benar selamat meskipun kita sendiri yang menyediakannya? Ada benarnya ungkapan 'kita adalah apa yang kita makan'. Ia menunjukkan betapa sebahagian diri kita banyak terbina daripada makanan yang diambil setiap hari.  Apa yang dimakan, itulah kelak yang akan membina kesihatan tubuh, fizikal, mental dan spiritual seseorang. Namun, sejauh mana kita menyedari aspek keselamatan termasuk dari segi perolehan, penyediaan dan hidangannya?
Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Piarapakaran Subramaniam, menyifatkan masih ramai masyarakat Malaysia tidak faham dengan tahap keselamatan makanan sama ada bahan mentah atau makanan diproses. "Tanggungjawab meningkat tahap keselamatan dan kualiti makanan terletak pada diri sendiri. Sebagai pengguna, kita perlu faham semua kandungan dalam makanan yang kita ambil dan tidak membuat andaian sendiri. "Mungkin ikan mentah yang dibeli di pasar nampak segar pada luarannya, tapi kandungan plumbum dalam ikan itu boleh diragui. Begitu juga kandungan dalam bahan makanan yang sudah diproses seperti susu dan biskut. "Di sini pentingnya kefahaman kita mengenai kandungan bahan dalam satu-satu makanan itu, apabila saya lihat masyarakat Malaysia belum memahami konsep itu," katanya ketika sesi perbincangan meja bulat Kenali Makanan Anda anjuran Nestle Malaysia Berhad, baru-baru ini. Justeru, Fomca merancang mengadakan program jelajah kempen kesedaran ke seluruh Malaysia untuk memberi pengetahuan tambahan terutama kepada penduduk luar bandar. "Mereka (penduduk luar bandar) selesa dengan kehidupan yang dijalani selama ini.
Mungkin pada awalnya program ini tidak berjalan lancar kerana daripada maklum balas yang dijalankan Fomca sebelum ini, mereka tidak kisah dengan apa yang dimakan asalkan daripada sumber yang dianggap bersih. "Apa yang mereka tidak faham, ada sesetengah makanan itu tampak elok, tapi mungkin sudah tercemar dengan pelbagai unsur ketika proses pemindahan, jualan dan penyimpanannya. "Selain itu, Fomca turut merancang mengadakan ceramah bagi mengajar masyarakat Malaysia membaca label sebelum membeli makanan dalam tin. "Pengetahuan dalam kandungan bahan makanan itu penting untuk mengelak salah faham dan timbulnya masalah berkaitan kesihatan seperti alahan. "Tapi, kita juga tidak boleh paksa mereka untuk terima semua maklumat yang ingin disampaikan terutama bagi penduduk luar bandar. Maklumat yang akan diberikan juga tidak terlalu berat kerana ia boleh menakutkan mereka hingga akhirnya enggan mengambil satu-satu produk itu.
Menurutnya apa yang penting adalah asas kesedaran kepada makanan yang akan menjadi sasaran utama untuk kempen kesedaran berkenaan. Perbincangan meja bulat itu turut disertai Pengurus Jaminan Kualiti Kumpulan Nestle Malaysia dan Singapura, Jasmine Lee; Timbalan Pengarah Divisyen Kualiti dan Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan, Shamsinar Abdul Talib; Pengarah Urusan Kumpulan Soon Soon yang mewakili Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia, Datuk Neoh Soon Bin serta beberapa pengarang syarikat akhbar dan televisyen tempatan. Piarapakaran tidak ketinggalan memberi beberapa tip untuk mengelak masalah pengambilan makanan tercemar. "Seeloknya, makan hasil tempatan, sama ada mentah atau yang sudah diproses. Menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri turut digalakkan. "Walaupun tinggal di kediaman bertingkat, masyarakat boleh berkebun dalam pasu. Selain menjimatkan wang, aspek kebersihan dan keselamatan pasti terjaga. "Selain itu, kami juga menggesa kerajaan mewujudkan akta antimonopoli perniagaan perusahaan makanan untuk membolehkan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan," katanya.
Oleh Nor Fazah Mohamed - faizah@hmetro.com.my

Isu  6












KEPENTINGAN PELABELAN EKO KEPADA PENGGUNA                                    
Pelabelan eko boleh didefinisikan melalui beberapa cara. Ia merupakan satu sistem pelabelan untuk barangan pengguna untuk menunjukkan bahawa produk tersebut adalah mesra alam, dihasilkan melalui barangan yang boleh atau yang telah dikitar semula ataupun satu produk yang dihasilkan tanpa menyebabkan sebarang kesan negatif kepada alam sekitar.
Pelabelan Eko adalah suatu sistem pelabelan untuk barangan pengguna (termasuk  makanan) yang dihasilkan untuk mengelakkan kesan berbahaya terhadap alam – sekitar. Sistem pelabelan Eko terdapat untuk kedua- dua makanan dan juga barangan pengguna.
Pelabelan Eko memudahkan pengguna untuk memilih “green products”. Ia juga merupakan suatu skim sukarela yang ditubuhkan  untuk menggalakkan sektor perniagaan supaya menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam. Label ini juga dapat membantu para pengguna supaya mengenal pasti barangan yang mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan pelabelan eko dapat digunakan untuk barangan yang tidak mengandungi klorofluorokarbon (CFC). CFC adalah bahan yang dapat merosakkan lapisan ozon. Pelabelan Eko juga terdapat pada barangan yang boleh dikitar semula, dan juga barangan yang mempunyai pengguna tenaga yang efisien atau menjimatkan tenaga.

 Rajah 1: Label produk tidak mengandungi kluorofluorokarbon (CFC)

Di Malaysia, kita memerlukan minyak yang banyak untuk menghasilkan tenaga dan untuk kegunaan kenderaan. Barangan pengguna di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga adalah  peti sejuk. Suruhanjaya Tenaga di Malaysia telah membangunkan skim pelabelan penggunaan tenaga elektrik. (Rajah 1). Kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk contohnya disahkan dengan menggunakan kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Penilaian Tenaga Bertaraf 5 bintang menunjukkan penjimatan tenaga yang paling tinggi.



 Rajah 2: Label kecekapan penggunaan tenaga

Kitar semula adalah suatu langkah yang dapat menjimatkan sumber semula jadi, mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Salah satu daripadanya adalah kitar semula plastik. Label kitar semula dapat membantu pengguna dan pihak pengurusan sampah untuk mengasingkan plastik untuk dikitar semula.


      Rajah 3: Label Kitar Semula



   Rajah 4: Label kitar semula 7 jenis plastik

Isu – isu  penting

Berdasarkan satu kajian lestari oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan serta FOMCA, hanya 5.3% daripada 1,000 orang responden telah dapat mengenal pasti label kecekapan tenaga.  Selain itu, 88.2% daripada keseluruhan responden dapat mengenali label kitar semula tetapi mereka tidak tahu bahawa terdapat 7 jenis plastik yang boleh dikitar semula.
Isu pemanasan global dan perubahan cuaca dunia semakin hangat diperkatakan. Maka, usaha untuk mengalakkan penggunaan  tenaga yang cekap dijalankan dalam kalangan pelajar sekolah amat penting dan harus juga diserapkan kepada orang awam. Pelabelan dan penilaian ketepatan memainkan peranan yang penting untuk memastikan para pengguna yang menyokong pasaran untuk produk mesra alam dilindungi.
Peranan Pengguna

Untuk memastikan program pelabelan eko ini berjaya, pengetahuan, pendekatan dan permintaan daripada pengguna memainkan peranan yang sangat penting. Pengguna harus mempunyai kepercayaan terhadap tuntutan  yang dibuat oleh pengeluar produk tersebut seperti yang dituntut dalam pelabelan eko. Tetapi perkara ini memang tidak boleh dicapai dengan masa yang cepat. Kepercayaan pengguna terhadap tuntutan seperti pelabelan eko memang akan mengambil masa. Satu perkara penting yang harus diutamakan dalam pelabelan eko ini adalah untuk memastikan maklumat mengenai label eko dan pensijilan  produk tersebut disampaikan kepada pengguna secara efektif.

Mohana Priya,Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia
28 April 2010

Isu  7
 BULI DI SEKOLAH – IBU BAPA DAN GURU PERLU MAINKAN PERANAN    
Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara. Di sinilah generasi pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan, dididik dan dibentuk. Begitu juga, institusi sekolah merupakan tempat memupuk dan membentuk jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa, di samping berfungsi sebagai tempat pendidikan akademik dan kemahiran. 
Namun begitu laporan-laporan akhbar menunjukkan kes jenayah juvana dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi, yang sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan.
Namun begitu perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan, malah ia semakin meningkat. Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, yang mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima orang pelajar seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Baru-baru ini, kes buli di Kuching yang melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah yang melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai telah melahirkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya para ibu bapa. Keadaan ini menimbulkan suasana yang tidak aman dan selamat di sekolah. Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Perbuatan membuli, sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, tidak sewajarnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah. 
Pelbagai faktor mempengaruhi seorang pelajar terlibat dalam gejala buli. Antaranya, latar belakang keluarga, rakan sebaya, kurang didikan agama, persekitaran dan budaya sekolah serta media massa. Maka, jelaslah bahawa latar belakang sesebuah keluarga dan persekitaran serta budaya sekolah amat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Ibu bapa perlulah meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlulah senantiasa peka terhadap pemilihan rakan sebaya oleh anak-anak mereka, mengambil tahu akan setiap aktiviti yang anak-anak mereka terlibat. Selain itu, pelajar meluangkan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Guru merupakan ibu dan bapa kepada pelajar di sekolah. Sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada pelajar di sekolah, para guru haruslah arif dengan dapat mengesan sebarang tanda-tanda negatif atau perubahan dalam diri seseorang itu. Seumpamanya, melihat gelagat pelajar yang sentiasa periang di sekolah telah berubah identitinya dengan mendiamkan diri dan mengasingkan diri. Ia mungkin memaparkan tanda-tanda seseorang pelajar itu mungkin dibuli atau terlibat dalam sebarang masalah. Justeru, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang setanding dalam pembentukkan seseorang individu. Dengan ini,  ia dapat membanteras anak-anak muda pada hari ini daripada terjebak dalam kancah gejala seperti ini. 
Walaupun, semua faktor ini mempengaruhi emosi dan pembentukan seorang individu, namun individu itu sendiri seharusnya menyedari kesan yang akan wujud pada masa akan datang akibat daripada tindak-tanduknya pada hari ini. Mereka juga hendaklah menilai dengan rasional bahawa penglibatan dalam gejala-gejala sosial seperti ini bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah di Malaysia tetapi akan menghancurkan segala impian dan kerjaya seorang pelajar. Ini secara tidak langsung memalapkan masa depan pelajar itu sendiri dan mangsa buli.

Sharala Devi Thyakaran
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)