PENDIDIKAN PENGGUNA BERMULA DARI KECIL
Pendidikan pengguna secara formal atau tidak formal patut bermula di peringkat kecil Ini kerana di peringkat umur berkenaan, kanak - kanak mula menjalani kehiclupan sebagai guna.
LANGKAH 1
MENGETAHUI PERHUBUNGAN ANTARA KEHIDUPAN PENGGUNA, KELUARGA DAN KOMUNITI SETEMPAT
Lihat dan perhatikan persekitaran di mana anda tinggal. Kehidupan pengguna adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada agama dan tempat urusniaga (pekan, kampung dan sebagainya).
LANGKAH 2
@ Untuk mengetahui mengenai kedai, pusat membeli-belah, pasaraya, pasar basah di kawasan di mana kita jalankan urusniaga, atau urusan pembelian
@ Untuk memahami bagaimana peniaga berfikir atau mendapatkan idea-idea yang baik untuk menjual barangan mereka.
LANGKAH 2
MEMPELAJARI MENGENAI AIR, ELEKTRIK DAN GAS
Bagaimana air, elektrik dan gas membantu kehidupan harian anda dan bagaimana mendapatkan bekalan yang berterusan, serta cara yang selarnat dalam mengendali dan menggunanya.
- Untuk memahami sumber bekalan dan resapan air.
- Pencemaran sungai harus dielakkan. Anda harus mengetahui kandungan dan kualiti sisa dalam air kumbahan yang menyebabkan pencemaran.
Fikirkan juga bagaimana untuk mengurangkan pencemaran dan mempastikan kawasan sekitar adalah bersih untuk kehidupan.
LANGKAH 3
MEMAHAMI PELBAGAI MAKLUMAT DI SEKELILING ANDA
Memahami betapa pentingnya maklumat yang dipaparkan melalui Internet,TV, radio, akhbar dan majalah. Anda boleh mendapatkan banyak maklumat dan pengetahuan mengenai apa yang berlaku di dalam dan luar negara dari maklumat yang biasa anda terima.
Fikirkan tentang iklanTV dan media lain. Anda perlu belajar untuk membezakan dan memilih yang baik kerana iklan biasanya dikeluarkan untuk memajukan jualan. Ada kemungkinan iklan, mengandungi maklumat yang tidak tepat serta cuba mempengaruhi perasaan pengguna supaya membeli.
LANGKAH 4
I) REKODKAN WANG YANG ANDA TERIMA DAN WANG YANG ANDA BELANJAKAN DAN BUAT ANALISA
II) BAGAIMANA MEMILIH BARANGAN
Cuba bincangkan mengenai kualiti dan harga barangan yang dibeli oleh setiap murid di dalarn kelas. Kernudian fikirkan dan memahamilah ibungan di antara harga. dan kualiti barangan.
Sebagai contoh
Harga Beg Ternpoh Penggunaan Harga/ Tahun KeputusanRM10 1 tahun RMI0 MahalRM20 4 tahun RM5 Berpatutan
Sekali pandang, beg yang berharga RM20.00 adalah mahal daripada beg yang berharga RM 10.00. Walau bagaimanapun jika beg yang berharga RM20.00 dapat digunakan dengan baik selama 4 tahun sedangkan beg yang berharga RM 10.00 hanya boleh digunakan selarna satu tahun maka yang kelihatan mahal harga sebenarnya tidaklah begitu mahal. Di sarnping itu anda juga mernaharni bahawa anda boleh menjimatkan sumber melalui ketahanan barangan yang anda beli dan guna.
Dalam langkah 4 anda perlu mengetahui bahawa "Pengguna adalah raja". Raja tidak hanya setakat penjual memberi cukup maklumat supaya anda mernbeli. Pengguna mempunyai hak untuk memilih, mendapat keselamatan dan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat untuk mernbaiki barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga dan kualiti yang berpatutan.Bukan sernua maklurnat memberi manfaat kepada pengguna. Pengguna harus bijak memilih dan menggunakan maklurnat dari segi kesesuaian dan kesahihan bagi kesejahteraan pengguna.
Dipetik dari Risalah Pendidikan Pengguna Bermula Dari Kecil, Kementerian Perdagangan Dalarn Negeri.
Pendidikan
Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna
- Program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
- Mendapat kerjasama daripada Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPN), Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dan Rakan Pengguna (RP).
-
Program yang dianjurkan:- a. Seminar
- b. Forum
- c. Konvensyen
- d. Ceramah
- e. Menerbitkan buletin, risalah, VCD, jurnal dan komik pengguna.
Pertandingan Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
Pertandingan ini merupakan salah satu acara kempen tahunan KPDNKK yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai kepenggunaan yang baik dalam kalangan ganerasi muda yang seterusnya akan melahirkan warganegara yang bermaklumat, rasional dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Objektif Pertandingan Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
- Memberi dorongan dan galakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mendalami ilmu kepenggunaan;
- Meningkatkan minat pelajar-pelajar untuk menyertai Kelab Pengguna Sekolah agar menjadi pengguna yang bestari dan rasional; dan
- Memberi galakan serta kesedaran kepada orang ramai tentang isu-isu dan maklumat kepenggunaan.
Program "Kerjasama Pintar" Bersama NGO
Tujuan utama program ini ialah untuk mewujudkan dan mempertingkatkan kerjasama dan "networking" di antara Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan, NGO-NGO kepenggunaan dan bukan kepenggunaan bagi menganjurkan program-program pendidikan dan kesedaran kepenggunaan. Kaedah perlaksanaanya adalah melalui seminar, bengkel, forum, majlis dialog dan pameran melibatkan golongan pelajar, guru, pegawai kerajaan, wartawan, HAWA, pemimpin-pemimpin masyarakat dan belia. Kerjasama ini bertujuan untuk memastikan bahawa program-program pendidikan dan kesedaran kepenggunaan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun melibatkan kumpulan sasaran yang lebih meluas.
Sambutan Hari Pengguna Malaysia (HPM)
Mulai tahun 2001 Kementerian telah menganjurkan Hari dan Minggu Pengguna Malaysia (HMPM) dan sambutan ini telah diteruskan dengan menggariskan objektif-objektif seperti berikut :-
- Membolehkan Kementerian mengambil bahagian yang aktif dan memaparkan tanggungjawab Kerajaan terhadap perlindungan pengguna.
- Memupuk kesedaran kepenggunaan yang positif dikalangan semua anggota masayarkat di negara ini
-
Mewujudkan persefahaman dan kerjasama erat antara pengguna, peniaga, Kerajaan dan media massa dalam aspek konsumerisma yang boleh membantu Negara mencapai Wawasan 2020.Program dan Aktiviti :
- Seminar/Forum Kepenggunaan
- Ekspo dan pameran kepenggunaan
- Karnival pengguna
- Pidato kepenggunaan IPT
- Malam Anugerah Media Pengguna
Buletin Pengguna - Diterbitkan pada setiap bulan dengan kerjasama FOMCA
- Bertujuan menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini
- Memuatkan artikel kepenggunaan berkaitan isu-isu utama pengguna, berita-berita Kementerian, panduan untuk pengguna, tips kpeda pengguna dan sebagainya
-
Komik PenggunaPenerbitannya adalah bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah penyebaran maklumat kepenggunaan kepada golongan masyarakat.
Risalah dan VCD Kepenggunaan
Diterbit untuk digunakan semasa sesi program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dan pameran-pameran Bahagian.
Rancangan TV 1 Konsumer @ Bernama TV
Rancangan menggunakan format bual bicara ini diterbitkan oleh pihak KPDNKK dengan kerjasama pihak Bernama TV (Saluran ASTRO 502). Rancangan ini disiarkan selama 1 jam iaitu pada hari Ahad bermula pada jam 9.00 malam sehingga 10.00 malam. Rancangan ini merupakan wadah untuk Kementerian mewar-warkan usaha-usaha dalam memperkasakan dan melindungi pengguna di samping menjadi forum untuk pengguna menyalurkan pendapat serta berkongsi maklumat.
Kajian Profil Pengguna
Dilaksana bagi mendapatkan gambaran berkaitan ciri-ciri (profil) pengguna, tabiat dan corak perbelanjaan dan kecenderungan para pengguna di Negara ini. Hasil kajian akan digunakan untuk membantu penggubalan dasar, strategi dan program dalam merangka Plan Induk Pengguna.
Isu 1:
Program Pengguna Bijak Dilaksana Awal Tahun Depan November 18, 2006 16:41 PM
TAPAH, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Program Pengguna Bijak (PPB) di 191 kawasan Parlimen seluruh negara mulai awal tahun depan, kata Timbalan Menterinya Datuk S. Veerasingam Sabtu. Beliau berkata semua Majlis Pengguna Daerah (MPD) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program tersebut dalam usaha mendidik rakyat berjimat-cermat dan bijak berbelanja bagi mengelak pembaziran. "Program ini turut membabitkan badan-badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan wanita dan kelab pengguna di sekolah-sekolah menengah dengan kerjasama persatuan pengguna peringkat negeri. "Penubuhan PPB sebagai menyahut desakan orang ramai yang gelisah terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan yang melampau di pasaran," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Undang-undang Remaja di Dewan UMNO Tapah di sini. Beliau berkata penubuhan PPB di semua daerah akan dilaksanakan setelah selesai pemilihan jawatankuasa peringkat negeri dan daerah di bawah pemantauan MPD. Menurut Ahli Parlimen Tapah itu kajian KPDNHEP mendapati purata 50 peratus barang-barang yang dibeli tidak digunakan di setiap rumah disebabkan tiada perancangan sebelum pembelian dan sebahagiannya hanya dijadikan perhiasan. "Menerusi penubuhan PPB, ia dapat memberi kuasa kepada pengguna dalam menentukan harga barang dan membeli barang-barang yang diperlukan sahaja dengan harga yang berpatutan sekaligus mengawal inflasi," katanya. Sementara itu beliau memaklumkan sejumlah RM51,049.85 barangan di bawah skim kawalan harga telah dirampas di seluruh negara sepanjang musim perayaan Deepavali dan Hari Raya Puasa hingga 31 Oktober lepas. "Dari 109,324 pemeriksaan...membabitkan 53,221 lesen, sebanyak RM43,920.00 kompaun dikenakan yang membabitkan 731 kes dalam pelbagai kesalahan," katanya. Beliau berkata Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan 135 kes, diikuti Johor dan Sabah masing-masing 116 dan 99 kes.
-- BERNAMA
Isu 2:
Kempen Kesan Ceti Haram Akan Bermula December 16, 2006 19:29 PM KUANTAN, 16 Dis (Bernama) -- Kempen memerangi ceti haram atau Ah Long akan dijalankan setelah pendaftaran semua kad prabayar telefon bimbit berakhir Sabtu, yang membolehkan Ah Long dikesan berdasarkan nombor prabayar. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow berkata usaha pihak berkuasa dalam mengesan Ah Long akan menjadi bertambah mudah berdasarkan nombor prabayar yang digunakan pada kad panggilan mereka. "Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengambil tindakan terhadap mereka (Ah Long)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama rakyat di Kampung Pantai Sepat, di sini Sabtu. Kerajaan sebelum ini mengarahkan supaya semua pengguna talian telefon prabayar mendaftarkan maklumat diri dengan syarikat pengendali perkhidmatan masing-masing selewat-lewatnya Jumaat dan bagi yang gagal berbuat demikian, kad modul pengenalan pelanggan (SIM) mereka akan dinyahaktifkan. Sehingga Jumaat, sejumlah 17.8 juta atau 96.2 peratus daripada 18.5 juta pengguna talian prabayar telah mendaftar. Beliau bagaimanapun berkata pendaftaran nombor prabayar berkenaan perlu disemak dengan lebih teliti bagi memastikan pendaftaran tersebut dilakukan oleh pihak yang sepatutnya. "Agak sukar bagi mengesan jika mereka menggunakan identiti orang lain tetapi saya yakin pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dapat mengatasi masalah tersebut," katanya. Sehubungan itu beliau berkata pihak polis serta pegawai daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga akan menjalankan pemeriksaan bagi mengenalpasti sama ada syarikat pinjaman yang terdapat sekarang mempunyai lesen atau tidak. Katanya tindakan tetap boleh diambil terhadap syarikat pinjaman berlesen sekiranya mereka menggunakan kekerasan bagi mendapatkan balik pinjaman. Sementara itu, Fu berkata pendaftaran talian prabayar tersebut juga akan memudahkan pihak berkuasa mengesan mereka yang menyalahgunakan perkhidmatan itu bagi tujuan menabur fitnah dan ugutan.
-- BERNAMA
Isu 3Fomca Lancarkan Kempen “Perpaduan Teras Kepenggunaan” SATURDAY, 16 JANUARY 2010 04:33KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah melancarkan kempen ”Perpaduan Teras Kepenggunaan” pada 1 Ogos 2009 di Kompleks Sukan Tenaga Nasional Berhad. Pelancaran kempen ini telah dilaksanakan oleh YB Dato’ Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Kempen “Perpaduan Teras Kepenggunaan” bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia selaras dengan inspirasi 1Malaysia yang dipelopori oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan sepanjang bulan Ogos ini. Kempen “Perpaduan Teras Kepenggunaan” dibuat dengan orang ramai meletakkan tapak tangan mereka yang diwarnakan dengan cat di atas kain pemidang sepanjang 13 meter dan 1.3 meter lebar. Sebanyak 800 cetakan tapak tangan telah diletakkan di atas kain pemidang, yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur.Selain itu, bersempena dengan kempen ini juga, FOMCA mengadakan program menulis mesej ”Apa Yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat Malaysia”. Sehingga kini sebanyak 1,500 mesej telah dikumpulkan semenjak ia diadakan semasa sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009 pada 24 Ogos hingga 26 Ogos 2009 di Kuantan, Pahang. Rakyat Malaysia yang ingin turut serta menulis mesej ”Apa Yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat Malaysia” boleh berbuat sedemikian menerusi laman web: www.kkk.org.my. Perlaksanaan kempen ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) yang dilaksanakan oleh FOMCA dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Belia Malaysia (MBM), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan PETRONAS. Pada hari tersebut juga, FOMCA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut mengadakan Majlis penyampaian Hadiah bagi meraikan para pemenang pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2009. Seramai 73 orang pemenang bagi lapan jenis pertandingan telah menerima hadiah wang tunai yang jumlah keseluruhannya bernilai RM180,000. Seramai 2,000 orang hadir semasa majlis penyampaian hadiah tersebut.Selain itu, turut diadakan pertandingan mewarna peringkat akhir yang disertai oleh 550 orang kanak-kanak, gerai pameran dan demonstrasi anjing K9 serta pertolongan cemas dari Persatuan Bulan Sabit Merah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA, Tuan Haji Ismail Abdul Rahman, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad, Tuan Haji Ahmad bin Othman, Timbalan Presiden FOMCA dan Dr. Mohd Mokhtar Tahar, Pengarah Bahagian Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dalam pada itu, FOMCA menerima sebanyak 21,351 penyertaan daripada lapan pertandingan kepenggunaan yang diadakan selama tiga bulan, iaitu bermula pada bulan Mei sehingga Julai 2009. Sementara itu, FOMCA telah mengadakan aktiviti jangkauan (outreach program) y bagi mempromosi pertandingan kepenggunaan ini. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan mewarna di 19 lokasi iaitu 17 pasar raya Giant serta dua kawasan komuniti, iaitu di Batu Muda, Jln Ipoh dan Taman Bt 3, Shah Alam. Selain itu, sebanyak 38 buah sekolah telah diadakan sesi penerangan pertandingan, yang melibatkan seramai 12,322 orang pelajar. Program Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia ini turut mendapat kerjasama Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, ERA Consumer Malaysia, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Pesarsatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dan Angkatan Seni Foto Nasional Wilayah Persekutuan. Penaja program ini ialah Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia (TM), GCH Retail (M) Sdn Bhd (Pasar Raya Giant), ASTRO. Sementara itu penaja bersama ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SIRIM Berhad, Konsortium ABASS, Proton Bhd, Sime Darby Berhad, Kumpulan Maybank, Hong Leong Bank dan Tropicana Twister (Permanis Sdn. Bhd.)Isu 4:PENTINGNYA KURIKULUM PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAHMONDAY, 19 APRIL 2010 15:30Pendidikan Hak Asasi Manusia atau PHAM didefinisikan sebagai pendidikan, latihan dan informasi yang bertujuan untuk membina budaya hak asasi manusia yang universal melalui perkongsian ilmu, kemahiran dan pembentukan sikap kepada menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asas.
Pendidikan Hak Asasi Manusia juga menerapkan nilai-nilai seperti:·Mempromosikan toleransi mengenai kesamaan jantina dan pertalian antara semua kaum tidak kira agama, keturunan atau bahasa.·Membentuk personaliti kemanusiaan dan rasa timbang rasa dan maruah.·Membolehkan semua individu untuk menyertai secara efektif dalam masyarakat yang bebas dan berdemokrasi di bawah undang-undang yang terbentuk.·Membangunkan dan mengekalkan keamanan.·Mempromosi kepada masyarakat yang berteraskan pembangunan mapan dan keadilan sosial.(Sumber: unesco.org)Dalam erti kata lain, Pendidikan Hak Asasi Manusia adalah ilmu yang perlu diterapkan kepada setiap individu dalam membentuk sikap hormat-menghormati terhadap hak yang dimiliki setiap orang. Ia juga meliputi tanggungjawab bersama masyarakat berbilang kaum dengan lanjutan kehidupan yang praktikal.PHAM bukan bertujuan untuk melahirkan generasi yang suka memberontak melalui penulisan yang sinis/kritikan atau sekumpulan individu yang mengadakan demonstrasi di jalanan untuk mendapatkan hak mereka. Sebaliknya, untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak mereka dan hak orang lain. Ia juga dapat memberikan kefahaman para pelajar dalam menghormati dan menerima perbezaan masing-masing. Begitu juga, ia dapat membantu mengurangkan masalah-masalah sosial seperti keciciran sekolah, kemiskinan, kes buli dan diskriminasi, penderaan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga.PHAM Meningkatkan Kesedaran mengenai Hak SendiriMelalui PHAM, para pelajar dapat diterapkan dengan nilai-nilai kemanusiaan melalui hak yang dapat dipelajari mereka. Majoriti para pelajar tidak mengetahui hak-hak mereka. Disebabkan kejahilan ini, maka mereka selalu menyalah anggap dan menyalahgunakan sesuatu yang mereka anggap sebagai hak. Sebagai contoh kes yang berlaku terhadap pelajar ASWARA dan Adukataruna yang mendakwa menggunakan hak kebebasan bersuara.ERA Consumer telah mengadakan latihan literasi undang-undang dengan sokongan Open Society Institute pada 2009. Latihan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hak perundangan mereka yang terbahagi kepada enam sesi undang-undang berbeza. Apa yang mengejutkan ialah hampir 65 peratus peserta tidak sedar mereka mempunyai hak-hak tersebut, manakala 55 peratus telah menyalah anggap hak yang mereka miliki.Kita perlu mengetahui hak setiap individu, yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu hak persendirian dan hak kolektif. Kita mempunyai hak peribadi, hak politik, hak perundangan, hak ekonomi dan hak sosial.Sebagai contoh, hak untuk menyuarakan pendapat. Hak ini boleh dilakukan apabila kita mempunyai sesuatu pendapat atau pernyataan yang ingin dibuat. Tetapi, tatacara dalam mengeluarkan pendapat juga memerlukan kita untuk menyedari bahawa kenyataan tersebut tidak boleh menyentuh sesuatu yang sensitif dan berbaur provokatif. Ini tersenarai dalam hak masyarakat yang kita seharusnya menghormatinya.Justeru, melalui PHAM sebagai sebuah subjek yang diajarkan di sekolah, maka para pelajar dapat mengetahui hak mereka sekaligus tatacara dalam menggunakan hak tersebut.PHAM Menanamkan Rasa Hormat dan Penerimaan kepada Perbezaan Orang LainObjektif utama PHAM adalah menghormati dan menerima perbezaan setiap daripada individu dalam sesebuah masyarakat. Mengambil pendapat seorang kenalan semasa sebuah seminar anjuran Friedrich Nauman Foundation pada awal bulan lalu; ”Bukankah lebih baik daripada kita bertoleransi dengan sesuatu perbezaan, kita menerima perbezaan itu dan menghormatinya?”Toleransi dan penerimaan adalah dua perkara berbeza. Toleransi adalah bila kita ”menyabarkan diri” dengan sesuatu perbezaan, sama ada kita suka atau tidak. Di sini ia bermaksud kita tidak ikhlas menerima perbezaan ini kerana kita diminta untuk bertoleransi. Walau bagaimanapun, jika kita menghormati perbezaan dan menerima, ia akan lebih memudahkan dan kita tidak akan melalui keadaan yang tidak menyenangkan pada kemudian hari.Kita memang mempunyai pelbagai perbezaan. Kita mempunyai pemikiran, pendapat tersendiri dan definisi hidup yang berlainan. Kita juga mempunyai warna kulit, kepercayaan agama dan bahasa pertuturan yang tidak sama. Jika kita boleh menghormati pendapat orang lain, mengapa kita tidak dapat menerima perbezaan mereka? Dan sekiranya kita mahu dihormati, mengapa kita juga tidak melakukan perkara yang sama? Pengetahuan seperti ini amat perlu diserapkan ke dalam diri para pelajar. Mereka tidak akan menyedari jika keindahan di sebalik ciptaan ini tidak diterangkan kepada mereka.PHAM Dapat Mengurangkan Masalah-masalah Sosial seperti Keciciran Persekolahan, Kemiskinan, Buli dan Diskriminasi, Penderaan Kanak-kanak serta Keganasan Rumah Tangga.Para pelajar juga perlu memahami hak mereka kepada pendidikan. Contohnya, jika mereka tidak mempunyai kewangan untuk meneruskan persekolahan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan bantuan. Melalui kesedaran kepentingan hak kepada pendidikan juga, mereka boleh menikmati taraf hidup yang lebih baik pada masa hadapan dan mengeluarkan keadaan keluarga yang tersepit dengan kemiskinan. Para pelajar juga mengetahui bahawa mereka mempunyai hak sebagai kanak-kanak yang mempunyai perlindungan dari pengabaian dan penderaan.Ramai ibu bapa yang tergolong dalam ”kumpulan terdedah” (vulnerable group) seperti pekerja ladang dan orang asli yang tidak mengetahui kepentingan sijil kelahiran dalam menentukan kehidupan anak-anak mereka pada masa hadapan. Kegagalan untuk mendaftarkan anak bukanlah disebabkan mereka tidak peduli tetapi kerana mereka tidak tahu. Lantas, dengan program khas PHAM, mereka ini dapat diberikan maklumat tentang hak kepada kewarganegaraan, yang sekali gus diakui kewujudan mereka sebagai warganegara.PHAM juga dapat menerapkan penghormatan kepada hak jantina dan dapat mengurangkan masalah keganasan rumah tangga yang banyak berlaku pada masa ini. Masih terdapat segelintir golongan lelaki yang menganggap wanita adalah harta. Menerusi pendidikan mengenai hak antara jantina ini juga dapat memberikan pemahaman kepada wanita supaya tidak diekploitasi dan dipergunakan untuk sebarang tujuan yang tidak baik.Kepentingan PHAMMalaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan ianya adalah sebuah aset sosial yang sangat berharga. Hidup bermasyarakat dengan latar belakang yang pelbagai budaya ini, memerlukan kita mempunyai kesedaran tentang persamaan, kesamarataan, kemanusia, keadilan dan nilai-nila demokrasi. (Heru Susetyo, 2006).Secara lebih konkrit, kesedaran pelbagai budaya ini bertujuan, pada antara lain untuk: menghormati hak dalam beragama, memahami kepelbagaian bahasa, membangun sikap sensitif jantina, membangun pemahaman kritis terhadap ketidakadilan dan perbezaan status sosial, membangun sikap anti diskriminasi etnik dan keturunan, menghargai perbezaan kemampuan fizikal, dan menghargai perbezaan usia (Ainul Yaqin, 2005). Justeru, PHAM bolehlah dijadikan teras dalam menghidupkan konsep 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.PenutupPHAM boleh dijadikan subjek yang berasingan ataupun dimasukkan ke dalam subjek-subjek yang lain seperti; Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam ataupun subjek-subjek bahasa. Apa yang penting ialah kesungguhan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai kemanusiaan kepada generasi akan datang; pemimpin yang bakal mencorak kehidupan berharmoni yang lebih baik. Bak kata hikmat daripada Bertrand Russell: The good life is inspired by love and guided by knowledge.Nor Azwani binti Abdul RahmanBahagian Hak Asasi ManusiaERA Consumer Malaysia19 April 2010Isu 5:SIRI JELAJAH CERAMAH KEPENGGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA BERMULAFRIDAY, 02 APRIL 2010 09:40Gabungan Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia telah memulakan siri jelajah Ceramah Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia 2010. Siri jelajah, bersempena dengan Kempen Konsumer Kebangsaan (3K), yang melibatkan pelajar sekolah dan masyarakat umum di kawasan luar bandar ini, bermula pada 26 Mac hingga 11 Julai 2010.Program ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepenggunaan dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat luar bandar. Menerusi program yang diadakan ini, para peserta program diharap dapat menukar minda dan perlakuan ke arah gaya hidup dan amalan penggunaan berhemat.Sesi jelajah ini memberikan tumpuan kepada sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar yang mempunyai Kelab Pengguna Sekolah dan aliran Perdagangan, Sivik, Bahasa dan Ekonomi. Pada tahun ini, FOMCA memberikan sasaran untuk melibatkan sebanyak 100 buah sekolah dalam program siri jelajah ini.Antara modul yang dibincangkan ialah hak dan tanggungjawab pelajar sebagai pengguna, pengurusan kewangan, penggunaan berhemat dan hak untuk membuat aduan serta gantirugi. Pelajar turut ditekankan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dan mengurangkan penggunaan beg plastik serta polisterin.Siri jelajah ini turut disertai dengan pertandingan mewarna kepenggunaan di beberapa pasar raya Giant terpilih, perpustakaan awam negeri terpilih dan kawasan komuniti. Sebanyak 28 lokasi pertandingan mewarna akan dilaksanakan. Masyarakat umum juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat menerusi 15 siri risalah Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) yang diedarkan secara percuma kepada pengunjung yang hadir di sepanjang program ini.Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang program Hari Pengguna Malaysiadan Kempen Konsumer Kebangsaan (3K), sila layari laman web www.mypengguna.com dan www.kkk.org.my.Siti Rahayu Zakaria1 April 2010Isu 6:RANCANG PERBELANJAAN SEBELUM HADAPI KEMELUT KEWANGANFRIDAY, 19 MARCH 2010 23:15Mutakhir ini, keinginan masyarakat untuk menikmati hidup yang mewah semakin terserlah walaupun mereka sebenarnya golongan berpendapatan sederhana atau rendah. Mereka membelanjakan wang dengan sesuka hati dan menurut kehendak nafsu yang membuak itu.Di samping itu, dengan adanya kemudahan kad kredit, menyebabkan mereka berbelanja dengan lebih hebat lagi bagi memenuhi kehendak mereka itu.Namun begitu, keinginan berbelanja mewah itu telah mengundang kemelut yang berterusan dalam kehidupan mereka akibat daripada kealpaan mereka merancang kewangan dengan bijak.Dari aspek yang lain pula, hutang yang kian menunggak sehingga melebihi pendapatan bulanan akibat tabiat perbelanjaan itu, turut menjejaskan perbelanjaan bulanan mereka. Keadaan ini terpaksa mereka hadapi akibat kegagalan merancang kewangan dengan baik.Sehubungan dengan itu, FOMCA memikul tanggungjawab dalam melahirkan pengguna yang berhemat melalui pendidikan pengguna yang diadakan di seluruh Malaysia. Dalam usaha menerapkan pendidikan pengguna di kalangan masyarakat Malaysia khususnya yang bermastautin di kawasan luar bandar, FOMCA telah mewujudkan Kempen Konsumer Kebangsaan (3K).Kempen yang dijalankan secara agresif ini bertujuan untuk mewujudkan perubahan dalam minda masyarakat.Melalui kempen ini, FOMCA berharap dapat melahirkan pengguna yang boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran dan perubahan yang berlaku dalam dunia yang bersifat materialistik ini.Justeru, ungkapan “PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA”, sebagai tema Kempen Konsumer Kebangsaan ini bukan seperti mencurahkan air ke daun keladi. Sebaliknya ia ke arah melahirkan pengguna yang efisyen dan berpengetahuan, khususnya dalam bidang kepenggunaan.Rajeswary GunnusenERA Consumer Malaysia19 Mac 2010