BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $

8) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat



Tip-tip menjaga alam sekitar:



  • Asingkan bahan-bahan buangan sebelum membuangnya. Beri sokongan terhadap Kempen Kitar Semula.
  • Elakkan dari penggunaan racun perosak haiwan dan serangga yang mengandungi bahan kimia merbahaya.
  • Buat baja kompos sendiri.
  • Banyakkan penanaman pokok-pokok dan kurangkan penebangan pokok-pokok.
  • Beli barang-barang tempatan.
  • Banyakkan makan makanan segar dan kurangkan memakan makanan yang diproses.
  • Kurangkan meminum minuman dalam bungkusan.
  • Kuragkan makanan daging yang diproses seperti burger. Kuarangkan makanan daging. Lebihkan sayur-sayuran.
  • Jangan menggunakan aerosol yang mengandungi (CFCs)
  • Kurangkan penggunaan plastic
  • Baca label apabila membeli. Elakkan kandungan yang beracun
  • Bawa beg atau kereta sorong sendiri apabila membeli-belah. 
  • Beli barang-barang yang tidak mencemarkan alam sekitar.
  • Jangan beli barangan yang membahayakan kehidupan liar dan tumbuh-tumbuhan di bumi.
  • Bantulah menyelamatkan hutan rimba anda.
  • Cubalah penggunaan semula kertas di dalam pejabat. Gunakan kedua-dua belah muka surat.
  • Buat fotokopi di kertas-kertas yang tidak digunakan.
  • Gunakan semula sampul surat terpakai untuk urusan pejabat sendiri.
  • Anjurkan kempen kebersihan di kawasan a nda.
  • Didik anak anda mengenai alam sekitar.
  • Berjalan kaki atau berbasikal sekiranya boleh.
  • Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
  • Kurangkan penggunaan penghawa dingin di rumah. Lebihkan tingkap di rumah atau pejabat. Biar cahaya matahari masuk.
  • Padamkanlampu dan kipas sekiranya anda tidak menggunakannya.
  • Jangan biarkan paip anda terbuka. Paip terbuka akan membazir 9 liter air/minit.
  • Jangan baker sampah sarap. Ini adalah salah di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Seliling (Udara bersih) 1978.
  • Buang dengan sempurna bahan-bahan buangan yang merbahaya. Hubungi majlis-majlis tempatan bagi mendapatkan pandangan.
  • Jangan tumpahkan minyak, racun serangga, cat dan bahan-bahan toksik/beracun di dalam longkang atau sungai. Buang dengan sempurna.
  • Jangan biarkan peti sejuk yang tidakan di halaman rumah. Hubungi majlis atau peniaga bahan buangan untuk mengambilnya. 
  • Jangan gunakan kain lampin pakai buang(disposable napkins)
  • Elakkan penggunaan racun serangga.
  • Beli sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam secara organik.
  • Gunakan peralatan elektrik yang dapat menjimatkan tenaga.
  • Pastikan kajian “Environment Impact Assessment”(EIA) telah dibuat sebelum sesuatu projek sesuatu projek dimulakan di kawasaan anda.
  • tubuh Jawatankuasa Alam Sekitar di kawasaan anda.
  • Sokong dan labur dalam aktiviti-aktiviti seperti program penggunaan semula dan berkebun.
  • Anjurkan jaualn lambak dan sokong kewujudan kedai barangan terpakai.
  • Beli barang dalam kauntiti yang besar.
  • Jual surat khabar lama kepada pengutip.







  HAK MANUSIA UNTUK MENIKMATI ALAM SEKITAR  YANG SELAMAT

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CAP telah memerhatikan bahawa keadaan alam sekitar yang serius di negara ini telah membawa kepada peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan untak memulihara dan melindungi alam sekitar.
Walaupun berada dalam keadean terbatas, mereka berjuang untuk mempertahankan hak mereka dan menggunakan saluran undang~undang. Di bawah ini diterangkan mengenai apa yang dimakaudhan di atas.









PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak memperuntukkan secara jelas mengenai hak warganegara kepada alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi. Namun, hak seperti itu tersirat di bawah Artikel 5 yang dikaitkan dengan hak untuk hidup dan kebebasan. (Artikel 5 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "Tiada siapa pun yang boleh dinafikan haknya untuk hidup atau menikmati kebebasan hidupnya yang dilindungi di bawah undangundang".) 
Di India, dalam kes Dehra Doon Valley, pada tahun 1983 Mahkamah Agungnya menggunakan pendekatan yang imaginatif apabila mereka menafsirkan "hak untuk hidup" itu sebagai mengkehendaki alam sekitar yang menyihatkan. Kes ini melibatkan operasi kuari yang menimbulkan kesan alam sekitar yang buruk terhadap penduduk di Dehra Doon. 
Dalam satu keputusan yang membawa kejayaan pada tahun 1986, Mahkamah Agung India dalam kes Olga Iwn Bombay Municipal Corporation, mengembangkan konsep hak untuk hidup kepada hak untuk sara hudup. Berdasarkan tafsiran Mahkamah Agung India di atas, adalah berkemungkinan untuk berhujah bahawa Artikel 5 Perlembagaan Malaysia secara tersirat atau tidak langsung memperakui hak setiap warganegara untuk mendapatkan kehidupan alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi. Untuk apakah hidup ini jika tidak dapat hidup dan tidak ada jaminan untuk menyara kehidupan?

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976

Rancangan ini, yang pertama kalinya memperkenalkan konsep Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Berdasarkan kepada pendirian British, Akta itu ingin memastikan lebih banyak perancangan projek-projek pembangunan yang diselaraskan di setiap Negeri dengan penglibatan penduduk tempatan.
Pada dasarnya, ia kelihatan seperti perundangan yang wajar, tetapi sebenarnya sedikit sahaja boleh dimanfaatkan. Dalam melakarkan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk sesuatu kawasan, pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Perancangan sepatutnya membuat publisiti terhadap pelan draf selama sebulan dan menjemput orang ramai supaya memberikan pandangan. Namun, pengalaman CAP dengan beberapa rancangan struktur iaitu dalam urusan proses untuk mendapatkan pandangan awam hanyalah suatu formaliti sahaja, sekadar untuk mematuhi undang-undang. Keputusan muktamad mengenai rancangan itu terletak kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri dan tidak ada tanggungjawab - daripada pihak Negeri untuk mempertimbangkan dan melaksanakan pandangan orang awam.

AKTA KUALITI ALAM SEKITAR, 1974

Pengenalan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 berikutan Persidangan Stockholm 1972 merupakan usaha untuk menghasilkan inisiatif perundangan menyeluruh dalam urusan dengan perkara berkaitan dengan alam sekitar. Berdasarkan Akta ini Bahagian Alam Sekitar, kini dipertingkatkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ditubuhkan.
JAS terutamanya berurusan dengan perkara-perkara berkaitan kualiti udara dan air, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian kesan alam sekitar. Peranan utamanya ialah untuk mengawasi kualiti alam sekitar. Isu pengurusan sumber alam sekitar bukan berada di dalam skop dan sebahagian besarnya berada di bawah naungan kerajaan negeri terutamanya berhubung dengan hutan, tanah paya, tanah dan sumber galian. Melalui proses Penilaian Kesan Alam Sekitarlah (EIA) JAS mempunyai beberapa peranan pengawasan. Proses penilaian semula EIA yang wujud kini mungkin merupakan satu-satunya mekanisma statutori untuk kumpulan-kumpulan kepentingan awam dan warga biasa menyuarakan kebimbangan mereka dengan berkesan terhadap segala projek yang menjejaskan alam sekitar dan masyarakat.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tiada siapa pun yang menyoroti dengan ketara dan memberikan penekanan terhadap kepentingan penglibatan awam dalam proses EIA daripada Hakim MahkamahTinggi, Datuk James Foong dalam kes Empangan Bakun pada Jun tahun lalu.
Dalam keputusannya (di mana Peguam Negara telah menyifatkannya sebagai "selamat") di mana dia memutuskan dengan memihak kepada tiga Plaintif iaitu orang asli Sarawak, hakim berkata: "Asas kepada Akta Kualiti Alam Sekitar ialah merumuskan "langkah-langkah untuk mengelak, mengurang atau mengawal kesan-kesan buruk ke atas alam sekitar. "Untuk mencapainya, sebagaimana tercatat dalam Garis Panduan, penglibatan awam amat diperlukan, interaksi antara orang awam dan alam sekitar adalah asas kepada konsep kesannya. "Oleh itu, adalah relevan dan mandatori untuk pihak berkuasa mendengar pandangan awam dahulu, sebelum memberikan kelulusan. "Ia seolah-olah memperolok-olokkan seluruh isu ini dengan mengatakan, EIA boleh diluluskan dahulu dan jika orang awam mempunyai sebarang idea membina, mereka boleh menyerahkannya kemudian. Ini tentulah tidak wajar, mengetepikan pertimbangan yang baik dan wajar."
Seseorang itu tentu akan memikirkan kata-kata bijaksana hakim yang mencetuskan pihak berkuasa supaya mempunyai kefahaman yang baik dan menghargai penglibatan awam di bawah proses EIA. Malangnya perkara yang sebaliknya pula berlaku. Tidak lama selepas Mahkamah Rayuan merubah keputusan Mahkamah Tinggi, bahkan terdapat tanda-tanda daripada Kerajaan Negeri untuk meletakkan proses EIA di bawah bidang kuasa mereka. NGO melihatnya sebagai sesuatu yang menjejaskan proses EIA, terutamanya berhubung dengan hak penglibatan orang awam.

UTUSAN PENGGUNA, DISEMBER 1997, JIL 21 BIL 12, M/S 17















Isu  1








Pencemaran Racun Perosak Terhadap Sayur Terkawal - Chua


August 28, 2007 14:30 PM 


PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini berkata pencemaran sisa racun perosak terhadap sayur-sayuran dalam negara masih terkawal, bertentangan dengan laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut dua-pertiga daripada 93 sampel sayur-sayuran popular di pasar borong Selayang dicemari racun perosak. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata secara keseluruhan masalah berhubung dengan pencemaran itu masih terkawal, akan tetapi "Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau keadaan pencemaran sisa racun perosak dalam negara". Kementerian akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya sisa racun perosak ini terhadap sayur-sayuran melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan Makanan 1985, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya. Semalam, sebuah akhbar melaporkan bahawa satu kajian terhadap sayur-sayuran di pasar borong Selayang, yang membekalkan sayur ke Lembah Klang, mendapati saderi dan daun kari mempunyai pencemaran 100 peratus dan dua-pertiga daripada 93 sampel sayuran dicemari dengan racun perosak. "Pada masa yang sama kerjasama dengan Jabatan Pertanian akan dipertingkatkan bagi memastikan petani menggunakan racun perosak yang dibenarkan serta mengamalkan amalan pertanian yang baik. Pengguna pula dinasihat untuk sentiasa membasuh atau merendam sayur-sayuran dahulu sebelum dimasak atau dimakan," kata Dr Chua. Beliau berkata isu pencemaran racun perosak terhadap sayur-sayuran dan buah sentiasa mendapat perhatian kementerian itu dan ini dapat dilihat dari program pemantauan yang dijalankan kementerian setiap tahun terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran dalam negara dan juga yang diimport. Katanya pada tahun 2005, sebanyak 1995 sampel sayur dan buah telah diambil di seluruh negara, merangkumi sampel domestik dan import.


"Dari jumlah itu sebanyak satu sampel buah daripada 356 sampel yang dianalisis iaitu 0.28 peratus dan sebanyak 30 sampel sayuran dari 1,638 sampel atau 1.83 peratus didapati melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985. "Sementara bagi tahun 2006, dari 2,195 sampel buah dan sayur-sayuran yang dianalisis dan dua sampel buah dari 427 sampel atau 0.47 peratus dan 29 sampel sayur dari 1,966 atau 1.6 peratus telah didapati melanggar peraturan itu," katanya. Beliau berkata dari sampel sayur-sayuran yang diambil pada 2006, kadar pelanggaran peraturan di Pahang adalah 4.6 peratus, Johor dan Negeri Sembilan (2.3 peratus), Perak (2 peratus), Pulau Pinang dan Sabah (1.7 peratus) dan Selangor (1.3 peratus). Beliau berkata negeri-negeri lain mempunyai kadar pelanggaran yang kurang dari 1 peratus dan ini menunjukkan negeri yang mempunyai kawasan pengeluaran sayur-sayuran yang besar mempunyai kadar pelanggaran peraturan yang lebih tinggi. "Dan apabila sayur-sayuran ini tiba di pasaran, kadar pelanggaran dijangka menurun. Ini disebabkan pembersihan pencucian selepas tuai dijangka telah dilakukan oleh penjual di pasaran. Jenis sayuran yang mempunyai kadar pelanggaran tertinggi adalah daun sup dan cili," kata Dr Chua. Sementara itu, katanya, kajian kementerian pada 2004 bagi membandingkan status pencemaran sisa racun perosak di Cameron Highlands dan Lembah Klang menunjukkan kadar pelanggaran peraturan di Cameron Highlands adalah 6.3 peratus sementara kadar pencemaran di Lembah Kelang 4.6 peratus. Sayur yang sering melanggar peraturan itu, adalah Chinese Celery Cina dan White Mustard, katanya.


-- BERNAMA






Isu  2:


Akhbar Tempatan Tidak Prihatin Mengenai Isu Alam Sekitar


January 15, 2008 17:22 PM 



KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid berkata beliau tidak berpuas hati dengan beberapa laporan berita mengenai isu alam sekitar yang disiarkan oleh akhbar tempatan. Azmi menyuarakan kebimbangan dan perasaan tidak puas hati kerana beliau jarang-jarang melihat akhbar tempatan menyiarkan berita atau artikel mengenai pemuliharaan alam sekitar kecuali pemanasan global, pencemaran dan berita lain lagi. "Apabila ada isu seperti geo-sains, pemuliharaan dan kepupusan haiwan, media cetak jarang-jarang menyiarkan artikel kerana saya fikir mereka mendapati ia tidak menarik untuk dibaca. "Saya cabar editor akhbar tempatan untuk menyiarkan lebih banyak berita mengenai pemuliharaan alam sekitar," kata beliau. "Bagaimanapun, mereka (editor akhbar) hendaklah menyedari pemuliharaan alam sekitar sebagai sebahagian daripada pemanasan global. Kepupusan haiwan merupakan petanda amaran penting bahawa ada kesilapan yang serius dengan alam sekitar kita. "Dalam jangka panjang, ia akan memudaratkan manusia," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Amfibia di sini hari ini. Azmi berkata akhbar memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai supaya tidak mengambil ringan mengenai alam sekitar kerana mereka menyampaikannya kepada berjuta rakyat Malaysia setiap hari. "Adalah benar orang ramai tidak menyedari dengan sepenuhnya mengenai pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Inilah peranan akhbar. Mereka di kawasan luar bandar akan menyedari pentingnya jika mereka diingatkan," tambah beliau. Bengkel empat hari itu yang dianjurkan Zoo Negara bertujuan mewujudkan kesedaran dan kefahaman mengenai nasib amfibia yang pupus serta mengenal pasti keperluan dan perbezaan dalam penyelidikan serta pengurusan program pemeliharaan amfibia terkurung oleh Persatuan Zoo Asia Tenggara.


-- BERNAMA








Isu  3
DUNIA BAKAL KEHILANGAN 100 TEMPAT INDAH AKIBAT PEMANASAN GLOBAL                                 
MONDAY, 26 APRIL 2010 11:09



Sekiranya ramalan ahli kaji iklim tentang kesan pemanasan global adalah benar, maka kita akan mendapati satu senarai tempat tertentu yang akan lenyap daripada muka bumi ini.




Kehilangan tempat-tempat yang paling indah di dunia ini merupakan satu peringatan bahawa perubahan iklim ini berupaya untuk menjadikan rapuh dan akhirnya fana.




Untuk memahami kesan perubahan iklim ini, kita perlu mengikut aliran dan interaksi yang berlaku pada air. Bermula daripada kecairan ais di Artik sehingga ke pulau batu karang yang berkedudukan pada paras laut rendah lalu ke banyak tempat yang tidak diduga: hutan awan di Kilimanjaro dan Kauai, Tasik Baikal di Siberia, gurun Kalahari dan Empty Quarter di Saudi Arabia. Selain itu, ia juga membabitkan Sungai Thames dan melalui London, mengalir ke Sungai Seine akhirnya tiba di Paris.




Ini mengesahkan bahawa bukan hanya ekosistem semula jadi yang diancam. Chicago, New York dan juga Beijing juga akan terdedah kepada ancaman perubahan iklim dari segi pembinaan. Akhirnya, ia akan mengancam tamadun manusia, yang disokong oleh pengeluaran pertanian yang dipengaruhi oleh corak cuaca. Contohnya di tanah tinggi Sri Lanka yang menampung hampir 700,000 pekerja dan ahli keluarga yang terlibat dalam industri the Ceylon.




Kehidupan di dunia ini disokong oleh kitaran air antara laut dan juga atmosfera rendah. Di samping itu, penempatan manusia di dunia turut bergantung kepada corak hujan, sinaran matahari, suhu dan angin. Semua faktor ini telah tergugat oleh pemanasan global. Glasier gunung mungkin tidak mendapat perhatian daripada penduduk yang tinggal di kawasan perbandaran, tetapi bagi penduduk di California selatan, pembentukan dan kecairan glasier gunung ini adalah sangat penting.




Interaksi air ini membolehkan kita menikmati keindahan di muka bumi, laut yang luas dan membiru, gurun yang merah keemasan serta sinaran kelabu di glasier dan ais di kutub utara dan selatan akibat pembiasan sinaran matahari. Kepelbagaian pemalar hijau di malakit dalam hutan Sweden, yang merupakan pokok tertua di dunia telah berakar umbi sejak Zaman Ais. Begitu juga hutan paya bakau di Madagascar dan kepelbagaian hidupan akuamarin di Great Barrier Reef, Australia.




Perubahan yang berlaku ini bukan berdasarkan kepada pelepasan karbon ataupun apa yang berlaku di atmosfera. Ia berteraskan kepada perlakuan manusia, tempat tinggal dan juga tempat yang mereka bina yang semua tempat-tempat indah ini akan musnah dan tidak wujud lagi sekiranya pemanasan global berlaku pada skala yang lebih tinggi.




Tempat-tempat inilah yang akan  menjadi taruhan sekiranya kita sebagai manusia, terus bersikap bertolak ansur dengan pemanasan global dan tidak mahu mengambil tindakan segera.
Layarilah http://www.100places.com/en untuk keterangan lanjut.





Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
22 April 2010






Isu  4






FOMCA: AMBIL IKTIBAR KEGAGALAN PROJEK PENYELESAIAN KRISIS AIR DI LABUAN                                        
MONDAY, 05 APRIL 2010 16:06



Pada tahun 2009, Sime Darby telah membuat pengumuman bahawa syarikat tersebut akan menjalankan projek air bawah tanah untuk menyelesaikan krisis air yang berlaku di Pulau Labuan.




Datuk Marimuthu Nadason, Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berkata, “Projek air bawah tanah yang lestari berdasarkan kepada nilai ‘aliran masuk’ iaitu kaedah pengisian air bawah tanah secara semula jadi. Sebarang penggunaan melebihi nilai ini diklasifikasikan sebagai perlombongan air.




Tidak terdapat aktiviti perlombangan air yang lestari atau mesra alam pada masa ini di seluruh dunia. Keadaan ini menyebabkan Labuan mengalami kemarau kerana tidak mempunyai aliran masuk untuk mengekalkan aras air bawah tanah.”




Ahli gabungan FOMCA, tambah beliau lagi, iaitu Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) telah mengkaji isu ini dan mempersoalkan tentang kelulusan projek ini kepada beberapa agensi kerajaan. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada agensi-agensi berkenaan, didapati projek ini dilaksanakan atas dasar kecemasan.




Datuk N. Marimuthu selanjutnya berkata, “Sime Darby tidak boleh membuat pengumuman berbentuk projek yang membawa pulangan kewangan. Projek ini dianugerahkan di bawah Majlis Keselamatan Negara untuk mengurangkan kesengsaraan rakyat, bukannya untuk memperkukuhkan kedudukan Sime Darby dalam projek air bawah tanah.




Keduanya, dua lubang (atau ‘borehole’) telah digali di bawah projek ini, tetapi masalah krisis air masih berterusan. Adakah ini penyelesaian yang dimaksudkan? Mengapa duit rakyat dibazirkan disebabkan satu projek yang tidak berfungsi?




“Pihak kami juga telah memberikan cadangan seperti loji pengenyah garam (desalination) yang bergerak sebagai salah satu penyelesaian. Loji seperti ini telah diadakan di India sebagai  sumber bekalan air kepada kawasan yang dilanda krisis air.”




Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui pernah membuat kenyataan, yang lebih bersifat lestari dan merupakan salah satu  penyelesaian kepada masalah bekalan air di Labuan, iaitu melakukan proses kitar semula air sisa kumbahan untuk kegunaan industri. Ini merupakan satu langkah yang bijak, ujar Datuk Marimuthu lagi.




Beliau berkata, “Langkah seperti ini sewajarnya diijalankan apabila berlakunya  krisis air. Ini bukannya suatu tindakan yang baru. Singapura sendiri telah menggunakan sumber ini untuk diproses sebagai air minuman.




“Di Sydney, Australia,  terdapat dua jenis paip air, iaitu satu untuk kegunaan minuman dan makanan, manakala satu lagi untuk kegunaan bukan minuman dan makanan yang dibekalkan daripada air kumbahan yang dikitar semula. FOMCA lebih mengesyorkan usaha seperti ini setelah melihat kegagalan Sime Darby dalam  menyelesaikan krisis air ini.”




Datuk N. Marimuthu juga berharap kerajaan lebih memberikan tumpuan dalam pengurusan air yang sebenar melalui pengurusan air di permukaan. Hal  ini juga telah disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa merasmikan sambutan Hari Air Sedunia 2010 di Muar, Johor.




Keputusan untuk meluluskan sesuatu projek mestilah berdasarkan kepada keupayaan dan hasil yang ketara. Hentikan pembaziran duit rakyat dan memberikan tumpuan pada penyelesaian kejuruteraan yang sebenar.




Sekarang siapa yang memastikan bahawa Sime Darby akan bertanggungjawab terhadap kegagalan ini?




Datuk Marimuthu Nadason,



Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)





Isu  5:
SISA ELEKTRONIK, STANDARD DAN PENGGUNA.                                             
WEDNESDAY, 24 MARCH 2010 15:21



Sisa elektronik kini merupakan satu jenis sisa pembuangan yang semakin meningkat di seluruh dunia. Menurut United Nations Environment Programme, sebanyak 20-50 juta tan metrik dihasilkan di seluruh dunia setiap tahun dan kadar peningkatan sisa elektronik ini adalah sebanyak lima peratus di seluruh dunia.




Negara- negara  yang sedang membangun seperti Malaysia juga dijangkakan akan mempunyai peningkatan dalam sisa elektronik menjelang tahun 2020. Sesetengah negara- negara Eropah pula telah mengeluarkan larangan untuk membuang sisa elektronik di tempat timbunan sampah.




Negara- negara tersebut juga telah mengeluarkan satu protokol untuk cara mengendalikan sisa elektrik dan elektronik di negara mereka dan juga telah menyeru rakyat di serantau Eropah untuk mengurangkan sisa elektronik di negara masing masing.





Di peringkat antarabangsa, Malaysia merupakan ahli Basel Convention di mana ia mengetatkan undang- undang dan aktiviti mengeksport sisa yang berbahaya dari negara- negara maju ke negara- negara membangun.